theme-sticky-logo-alt
May 7, 2026
55 Views

“Pencetus Masalah Ialah Umno Bukan Saya Atau DAP,”- Lim Guan Eng

KUALA LUMPUR – Penasihat DAP, Lim Guan Eng menggesa Umno supaya tidak menjadi “gunting dalam lipatan” sebaliknya kembali menyokong kerajaan perpaduan dengan terus bekerjasama bersama Pakatan Harapan (PH) menjelang Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16). Menurut Lim, UMNO tidak seharusnya bergerak solo menentang calon PH kerana tindakan itu hanya akan menjejaskan kestabilan kerajaan perpaduan yang dibentuk... Read More

KUALA LUMPUR – Penasihat DAP, Lim Guan Eng menggesa Umno supaya tidak menjadi “gunting dalam lipatan” sebaliknya kembali menyokong kerajaan perpaduan dengan terus bekerjasama bersama Pakatan Harapan (PH) menjelang Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).

Menurut Lim, UMNO tidak seharusnya bergerak solo menentang calon PH kerana tindakan itu hanya akan menjejaskan kestabilan kerajaan perpaduan yang dibentuk ketika ini.

“Saya tetap berpegang dengan pendirian bahawa UMNO tidak harus menjadi gunting dalam lipatan, seharusnya balik ke pangkal jalan dengan menyokong Menteri Besar Negeri Sembilan dan kerajaan perpaduan dengan bertanding bersama dengan PH bukannya bergerak solo menentang calon PH dalam pilihan raya umum ke-16,” katanya.

Beliau turut membidas Naib Presiden UMNO, Wan Rosdy Wan Ismail dengan mendakwa kemelut yang timbul di Negeri Sembilan berpunca daripada tindakan UMNO sendiri dan bukannya DAP.

“Jangan-jangan Wan Rosdy Wan Ismail lupa bahawa yang mencetuskan masalah besar kali ini bukanlah saya atau parti DAP, bahkan adalah UMNO sendiri dengan komplot ‘merampas kuasa’ kerajaan Negeri Sembilan dengan sokongan parti pembangkang PN dan keputusan bergerak solo menentang calon PH dalam PRU akan datang,” katanya.

 

15 49.0138 8.38624 both 1 bullet 1 4000 1 0 horizontal https://newmalaysianpost.com.my 50 0 1

Discover more from New Malaysian Post

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading