theme-sticky-logo-alt
May 7, 2026
117 Views

“Saya Gagal,”-Mahathir Mohamad

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad mengakui gagal dalam usaha menyatukan orang Melayu selepas lebih dua tahun berusaha ke arah itu. Menerusi hantaran dimuat naik di media sosial hari ini, Mahathir berkata beliau perlu menerima hakikat kegagalan tersebut walaupun pelbagai usaha telah dilakukan. “Saya telah usaha lebih dari dua tahun untuk menyatu orang... Read More

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad mengakui gagal dalam usaha menyatukan orang Melayu selepas lebih dua tahun berusaha ke arah itu.

Menerusi hantaran dimuat naik di media sosial hari ini, Mahathir berkata beliau perlu menerima hakikat kegagalan tersebut walaupun pelbagai usaha telah dilakukan.

“Saya telah usaha lebih dari dua tahun untuk menyatu orang Melayu. Saya perlu akui saya gagal,” katanya.

Menurut beliau, kegagalan itu akan menyebabkan negara terlepas daripada tangan orang Melayu selain mendakwa sejarah orang Melayu akan berakhir kerana masyarakat itu lebih mengutamakan nasib pemimpin berbanding bangsa, negara dan agama.

“Oleh itu negara tercinta ini akan terlepas dari tangan orang Melayu.

“Dan tamatlah sejarah orang Melayu kerana mereka lebih utama nasib pemimpin dari bangsa, negara dan agama,” katanya lagi.

15 49.0138 8.38624 both 1 bullet 1 4000 1 0 horizontal https://newmalaysianpost.com.my 50 0 1

Discover more from New Malaysian Post

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading