theme-sticky-logo-alt
April 29, 2026
21 Views

“Setiap Ringgit Yang Berjaya Dipulihkan Adalah Hak Rakyat Malaysia,”- Azam Baki

PUTRAJAYA: Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki menegaskan komitmennya untuk memastikan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dikembalikan kepada rakyat, meskipun hanya berbaki kira-kira dua minggu sebelum menamatkan perkhidmatannya. Menurut Berita Harian, komitmen itu dizahirkan melalui keputusan terkini Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang membenarkan perintah larangan transaksi melibatkan wang berjumlah AS$1.7... Read More

PUTRAJAYA: Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki menegaskan komitmennya untuk memastikan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dikembalikan kepada rakyat, meskipun hanya berbaki kira-kira dua minggu sebelum menamatkan perkhidmatannya.

Menurut Berita Harian, komitmen itu dizahirkan melalui keputusan terkini Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang membenarkan perintah larangan transaksi melibatkan wang berjumlah AS$1.7 juta (kira-kira RM6.7 juta) dalam dua akaun bank di Barbados yang dikaitkan dengan dana 1MDB.

Beliau turut berkata SPRM akan terus mempergiat usaha pemulihan dana dan aset yang diseleweng kerana ia merupakan hak rakyat.

“Tindakan ini mencerminkan komitmen berterusan SPRM dalam memastikan setiap dana yang diseleweng dapat dijejaki dan dikembalikan kepada negara.

“Dalam keadaan ekonomi global yang mencabar, termasuk ketidaktentuan akibat konflik di Asia Barat, usaha pemulihan aset bukan sekadar tindakan penguatkuasaan, tetapi tanggungjawab melindungi kepentingan kewangan negara.

“Setiap ringgit yang berjaya dipulihkan adalah hak rakyat Malaysia dan akan terus diperjuangkan,” katanya.

15 49.0138 8.38624 both 1 bullet 1 4000 1 0 horizontal https://newmalaysianpost.com.my 50 0 1

Discover more from New Malaysian Post

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading