theme-sticky-logo-alt
April 29, 2026
36 Views

Aliff Syukri Diperintah Bayar Ganti Rugi Sebanyak RM 250,000

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi di sini pada Rabu memerintahkan usahawan kosmetik, Aliff Syukri Kamaruzaman membayar ganti rugi sebanyak RM250,000 kepada bekas menteri, Abdul Kadir Sheikh Fadzir berhubung kes saman fitnah. Menurut Sinar Harian, Hakim Roslan Mat Nor membuat keputusan itu selepas membenarkan saman difailkan Abdul Kadir yang berkait dengan dakwaan mengenai hutang pelaburan berjumlah... Read More

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi di sini pada Rabu memerintahkan usahawan kosmetik, Aliff Syukri Kamaruzaman membayar ganti rugi sebanyak RM250,000 kepada bekas menteri, Abdul Kadir Sheikh Fadzir berhubung kes saman fitnah.

Menurut Sinar Harian, Hakim Roslan Mat Nor membuat keputusan itu selepas membenarkan saman difailkan Abdul Kadir yang berkait dengan dakwaan mengenai hutang pelaburan berjumlah RM30 juta.

Selain ganti rugi, mahkamah turut mengarahkan Aliff Syukri membayar kos sebanyak RM50,000 kepada Abdul Kadir.

Dalam penghakimannya, Roslan turut mengeluarkan perintah injunksi yang melarang defendan, sama ada secara peribadi atau melalui wakil, daripada terus menyebarkan atau menerbitkan kenyataan berunsur fitnah terhadap Abdul Kadir.

15 49.0138 8.38624 both 1 bullet 1 4000 1 0 horizontal https://newmalaysianpost.com.my 50 0 1

Discover more from New Malaysian Post

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading