KUALA LUMPUR: Kerajaan Persekutuan tidak akan mencampuri urusan berkaitan adat di Negeri Sembilan susulan kemelut politik melibatkan 14 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional di negeri itu, kata Jurucakap Kerajaan MADANI, Datuk Fahmi Fadzil.
Menurut Astro Awani, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri bahawa pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan kekal berjalan seperti biasa dan isu berkaitan adat perlu dihormati tanpa campur tangan Persekutuan.
“Perdana Menteri menegaskan Kerajaan Persekutuan tidak akan mencampuri isu berhubung urusan adat,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media mingguan pada Rabu.








