KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Najib Abdul Razak, menghentikan permohonan bagi menjalani hukuman sebagai tahanan rumah serta permohonan memulakan prosiding penghinaan terhadap bekas Peguam Negara, Ahmad Terrirudin Salleh.
Menurut Malaysia Kini, perkara itu dimaklumkan menerusi notis yang difailkan oleh firma guaman Messrs Shafee & Co pada 3 April lalu.
Dalam notis bertarikh 2 April tersebut, peguam beliau menyatakan bahawa Najib tidak berhasrat untuk meneruskan kedua-dua permohonan berkenaan tanpa kebebasan untuk memfailkan semula serta tanpa sebarang perintah kos, dan tidak memberikan alasan lanjut.
Susulan tindakan itu, Najib bukan sahaja menarik balik kesnya di Mahkamah Rayuan, malah turut melepaskan hak untuk memfailkan semula perkara tersebut pada masa hadapan.








