Perikatan Nasional (PN) Negeri Sembilan sedia menyokong Barisan Nasional (BN) membentuk kerajaan negeri susulan keputusan 14 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) UMNO menarik sokongan terhadap pimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun daripada Pakatan Harapan (PH).
Ketua pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan, Mohamad Hanifah Abu Bakar menyatakan pendirian itu pada satu sidang media di sebuah hotel di sini, sebentar tadi.
“Sehubungan itu, lima ADUN Negeri Sembilan dari Perikatan Nasional bersedia untuk bekerjasama dengan 14 ADUN Barisan Nasional Negeri Sembilan bagi menjamin kestabilan kerajaan negeri dan kelangsungan pentadbiran,” Katanya.
Mereka turut menyatakan kerjasama itu bertujuan memastikan pembangunan negeri dapat diteruskan serta kesejahteraan rakyat Negeri Sembilan terus terpelihara.








