theme-sticky-logo-alt
April 27, 2026
60 Views

“Kami Hilang Kepercayaan Kepada YAB Menteri Besar ,” – Umno negeri sembilan

KUALA LUMPUR: Kesemua 14 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) UMNO Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan mengumumkan hilang kepercayaan terhadap Menteri Besar negeri itu, sekali gus menarik sokongan terhadap kerajaan negeri pimpinan beliau. Menurut kenyataan tersebut, langkah itu diambil susulan pendirian mereka yang mahu melihat pentadbiran negeri yang lebih stabil demi kepentingan rakyat dan ekonomi negeri.... Read More

KUALA LUMPUR: Kesemua 14 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) UMNO Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan mengumumkan hilang kepercayaan terhadap Menteri Besar negeri itu, sekali gus menarik sokongan terhadap kerajaan negeri pimpinan beliau.

Menurut kenyataan tersebut, langkah itu diambil susulan pendirian mereka yang mahu melihat pentadbiran negeri yang lebih stabil demi kepentingan rakyat dan ekonomi negeri.

“Kami dengan ini sebulat suara hilang kepercayaan kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun dan menarik sokongan terhadap kerajaan negeri pimpinan beliau,” kata kenyataan itu.

Dalam masa sama, mereka menegaskan komitmen untuk terus mempertahankan institusi adat, perlembagaan serta undang-undang tubuh kerajaan negeri.

“Kami mendukung penuh serta mempertahankan institusi adat dan perlembagaan serta undang-undang tubuh Kerajaan Negeri Sembilan,” menurut kenyataan itu lagi.

Mereka turut memaklumkan bahawa notis rasmi berhubung keputusan tersebut akan dihantar kepada Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri serta Setiausaha Dewan Undangan Negeri sejurus selepas sidang media berkenaan selesai.

15 49.0138 8.38624 both 1 bullet 1 4000 1 0 horizontal https://newmalaysianpost.com.my 50 0 1

Discover more from New Malaysian Post

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading