theme-sticky-logo-alt
April 27, 2026
52 Views

“Seramai 21 saksi Termasuk Pengadu Telah Dipanggil Membantu Siasatan,”- Datuk M Kumar

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjalankan siasatan terhadap pemilik satu akaun Facebook susulan hantaran gambar yang mengandungi unsur penghinaan terhadap Sultan Selangor. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk M Kumar berkata hantaran yang dimuat naik pada 25 April lalu itu kini dipantau rapi pihak berkuasa. Menurut Berita Harian, identiti pemilik atau pentadbir akaun... Read More

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjalankan siasatan terhadap pemilik satu akaun Facebook susulan hantaran gambar yang mengandungi unsur penghinaan terhadap Sultan Selangor.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk M Kumar berkata hantaran yang dimuat naik pada 25 April lalu itu kini dipantau rapi pihak berkuasa.

Menurut Berita Harian, identiti pemilik atau pentadbir akaun berkenaan telah dikenal pasti dan tindakan lanjut sedang diambil.

“Siasatan terhadap individu berkenaan sedang dijalankan termasuk merampas peranti yang digunakan bagi membuat hantaran oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bahagian Pendakwaan dan Undang-Undang (D5), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia,” katanya kepada media hari ini.

“Seramai 21 saksi, termasuk pengadu, telah dipanggil untuk dirakam percakapan bagi membantu siasatan,” Tambahnya.

15 49.0138 8.38624 both 1 bullet 1 4000 1 0 horizontal https://newmalaysianpost.com.my 50 0 1

Discover more from New Malaysian Post

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading