theme-sticky-logo-alt
April 21, 2026
147 Views

“Terima Kasih Semua Kerana Sudi Bersama Dalam Perjuangan Suci Ini,”- Asyraf Wajdi Dusuki

Setiausaha Agung UMNO, Asyraf Wajdi Dusuki memaklumkan seramai 3,716 ahli baharu mendaftar dalam tempoh kurang 24 jam selepas sistem pendaftaran dalam talian baharu diperkenalkan. Menurut beliau, majoriti daripada jumlah tersebut terdiri daripada golongan anak muda yang menunjukkan minat untuk menyertai parti itu. Katanya, beliau meluangkan masa meneliti dan meluluskan setiap permohonan sejurus pulang dari masjid... Read More

Setiausaha Agung UMNO, Asyraf Wajdi Dusuki memaklumkan seramai 3,716 ahli baharu mendaftar dalam tempoh kurang 24 jam selepas sistem pendaftaran dalam talian baharu diperkenalkan.

Menurut beliau, majoriti daripada jumlah tersebut terdiri daripada golongan anak muda yang menunjukkan minat untuk menyertai parti itu.

Katanya, beliau meluangkan masa meneliti dan meluluskan setiap permohonan sejurus pulang dari masjid pagi ini.

“Balik dari masjid pagi ini, check sistem dashboard keahlian UMNO, terus saya ambil masa untuk perhalusi dan luluskan setiap permohonan.

“Letih juga tapi menyeronokkan dan mengujakan kerana tak sampai 24 jam sistem baru pendaftaran online dimuat naik, sudah 3,716 ahli baharu yang majoritinya di kalangan anak muda mendaftar.

“Terima kasih semua kerana sudi bersama dalam perjuangan suci ini,” katanya dalam satu kenyataan.

15 49.0138 8.38624 both 1 bullet 1 4000 1 0 horizontal https://newmalaysianpost.com.my 50 0 1

Discover more from New Malaysian Post

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading