CYBERJAYA: Perdana Menteri, Anwar Ibrahim menafikan dakwaan segelintir pihak yang mendakwa Malaysia menjual bekalan minyak kepada Australia ketika dunia berdepan ketidaktentuan pasaran tenaga global.
Menurut Awani, Menteri Kewangan itu menegaskan, keutamaan kerajaan ketika ini adalah memastikan bekalan minyak dalam negara mencukupi bagi memenuhi keperluan rakyat.
Menurutnya, kerajaan tidak akan mengambil sebarang tindakan yang boleh menjejaskan kestabilan bekalan domestik, khususnya dalam situasi semasa yang mencabar.
“Kita boleh pertimbang sekiranya ada lebihan, sekarang ini belum,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menunaikan solat Jumaat di Surau Bomba, di sini, hari ini.








