theme-sticky-logo-alt
April 11, 2026
144 Views

“Jika Ada Sedikit Lewat Dibantu, Bukan Bermakna Tidak Peduli,”-Mat Sabu

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Mohamad Sabu menegaskan bahawa kerajaan tidak pernah mengabaikan kebajikan pesawah meskipun berdepan tekanan besar susulan kenaikan harga bahan api dunia. Dalam kenyataan menerusi media sosial, beliau berkata dakwaan kononnya kementerian dan kerajaan tidak peduli terhadap nasib pesawah adalah tidak tepat. Menurutnya, kenaikan harga bahan api merupakan fenomena global yang turut... Read More

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Mohamad Sabu menegaskan bahawa kerajaan tidak pernah mengabaikan kebajikan pesawah meskipun berdepan tekanan besar susulan kenaikan harga bahan api dunia.

Dalam kenyataan menerusi media sosial, beliau berkata dakwaan kononnya kementerian dan kerajaan tidak peduli terhadap nasib pesawah adalah tidak tepat.

Menurutnya, kenaikan harga bahan api merupakan fenomena global yang turut memberi kesan kepada kos sektor pertanian termasuk harga baja, racun serta upah membajak.

“Apabila kos meningkat, bukan pesawah sahaja yang terbeban, kerajaan juga turut menanggung tekanan yang besar,” katanya.

Beliau menjelaskan dalam tempoh sebulan sahaja, subsidi bahan api melonjak daripada sekitar RM700 juta kepada RM6 bilion, iaitu peningkatan hampir sembilan kali ganda.

Pada masa sama, Mohamad berkata kerajaan perlu mengambil kira keperluan pelbagai sektor lain selain kira-kira 200,000 pesawah, termasuk kebajikan lebih 30 juta rakyat Malaysia.

“Ini dilema besar yang dihadapi hari ini apabila hampir semua sektor memerlukan intervensi dan tambahan peruntukan,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau memaklumkan semua kementerian telah menilai kesan awal krisis tenaga global terhadap kumpulan sasar masing-masing dan kebanyakan memerlukan bantuan segera.

“Ibarat seorang ayah yang menerima aduan daripada anak-anak, tentulah ayah perlu melihat kemampuan yang ada, dan menentukan siapa yang perlu dibantu terlebih dahulu. Jika ada yang sedikit lewat dibantu, bukan bermakna tidak dipedulikan. Tetapi kerana sedang mencari jalan untuk menambah sumber,” Tambahnya
15 49.0138 8.38624 both 1 bullet 1 4000 1 0 horizontal https://newmalaysianpost.com.my 50 0 1

Discover more from New Malaysian Post

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading