theme-sticky-logo-alt
April 6, 2026
241 Views

“Sesiapa Berani Merempit Akan Disita Terus Motosikal Mereka,”- Anthony Loke

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook menyifatkan insiden aksi ‘mat rempit’ di hadapan balai perlepasan terminal baharu Lapangan Terbang Kota Bharu sebagai sesuatu yang “menyedihkan dan sangat memalukan”. Dalam kenyataan di media sosial, beliau berkata kerajaan persekutuan telah membelanjakan hampir RM450 juta bagi menaik taraf lapangan terbang berkenaan bagi meningkatkan konektiviti udara ke Kelantan. Menurutnya,... Read More

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook menyifatkan insiden aksi ‘mat rempit’ di hadapan balai perlepasan terminal baharu Lapangan Terbang Kota Bharu sebagai sesuatu yang “menyedihkan dan sangat memalukan”.

Dalam kenyataan di media sosial, beliau berkata kerajaan persekutuan telah membelanjakan hampir RM450 juta bagi menaik taraf lapangan terbang berkenaan bagi meningkatkan konektiviti udara ke Kelantan.

Menurutnya, usaha itu bertujuan menjadi pemangkin kepada pembangunan sosioekonomi rakyat negeri itu serta menarik lebih ramai pelancong.

Bagaimanapun, katanya, tindakan golongan terbabit yang melakukan aksi merempit di kawasan tersebut bukan sahaja membahayakan nyawa orang ramai, malah boleh dianggap sebagai satu bentuk sabotaj terhadap keselamatan dan ekonomi negeri.

Sehubungan itu, Loke berkata beliau telah mengarahkan Pengarah Penguatkuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk menjalankan operasi penguatkuasaan secara besar-besaran di kawasan berkenaan.

“Sesiapa yang berani merempit di depan airport akan disita terus motosikal mereka,” tegasnya.

15 49.0138 8.38624 both 1 bullet 1 4000 1 0 horizontal https://newmalaysianpost.com.my 50 0 1

Discover more from New Malaysian Post

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading