theme-sticky-logo-alt
October 18, 2026
50 Views

“Wakil Rakyat DAP Gagal Capai KPI Berisiko Tidak Dicalonkan Semula,”-Anthony Loke

IPOH: Wakil rakyat DAP yang gagal mencapai petunjuk prestasi utama (KPI) ditetapkan parti berdepan risiko tidak dicalonkan semula pada pilihan raya akan datang. Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke berkata, penilaian prestasi dilaksanakan bagi memastikan setiap wakil rakyat menjalankan tanggungjawab dengan berkesan serta memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat. Menurut Awani, DAP Perak di bawah kepimpinan pengerusinya,... Read More

IPOH: Wakil rakyat DAP yang gagal mencapai petunjuk prestasi utama (KPI) ditetapkan parti berdepan risiko tidak dicalonkan semula pada pilihan raya akan datang.

Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke berkata, penilaian prestasi dilaksanakan bagi memastikan setiap wakil rakyat menjalankan tanggungjawab dengan berkesan serta memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat.

Menurut Awani, DAP Perak di bawah kepimpinan pengerusinya, Nga Kor Ming, turut menetapkan tanda aras prestasi yang ketat sebagai mekanisme pemantauan terhadap keberkesanan khidmat wakil rakyat di negeri itu.

Beliau berkata, penilaian berkenaan bukan sahaja mengambil kira mutu perkhidmatan kepada penduduk, malah merangkumi pelaksanaan gerak kerja di kawasan, usaha memperkukuh organisasi parti serta komitmen untuk turun padang mendekati rakyat.

“Wakil rakyat kita memang bekerja sepanjang masa dan sudah tentu, jika ada yang kurang aktif, kita akan memastikan perubahan dilakukan.

“Melalui sistem ini, kita sentiasa mengingatkan mereka bahawa prestasi yang kurang memuaskan meningkatkan kemungkinan mereka tidak dicalonkan semula,” katanya.

Beliau yang juga Menteri Pengangkutan berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Tahunan DAP Negeri Perak Ke-24 di sini, pada Ahad.

Pendekatan berasaskan KPI itu menjadi antara mekanisme parti untuk memastikan prestasi wakil rakyat terus dipantau, sekali gus menjadikan keberkesanan perkhidmatan dan komitmen terhadap masyarakat sebagai pertimbangan dalam pemilihan calon pada pilihan raya akan datang.

15 49.0138 8.38624 both 1 bullet 1 4000 1 0 horizontal https://newmalaysianpost.com.my 50 0 1

Discover more from New Malaysian Post

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading