Ahli Parlimen Kubang Kerian, Tuan Ibrahim Tuan Man, menggesa kerajaan merangka dasar tenaga negara yang lebih strategik dan menyeluruh susulan kenaikan harga diesel yang berterusan.
Dalam satu kenyataan, beliau mempersoalkan kerajaan sedang berusaha mempelbagaikan punca bekalan bahan api bagi mengurangkan pergantungan kepada bekalan dari Asia Barat yang mesti melalui Selat Hormuz.
Antara persoalan dibangkitkan ialah rundingan dengan sumber-sumber alternatif ,pelan kecemasan tenaga, perlindungan untuk sektor kritikal serta strategi jangka sederhana dan panjang.
Mengenai pembayaran subsidi diesel RM300 sebulan, Tuan Ibrahim berkata walaupun bantuan itu bermanfaat, dia mempersoalkan sama ada jumlah itu mencukupi untuk menampung lonjakan harga.








