Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Mohd Puad Zarkashi, mengkritik bekas menteri ekonomi Rafizi Ramli sambil menggesanya memujuk bekas pegawai khasnya, James Chai, supaya segera pulang ke Malaysia bagi memberi keterangan.
Dalam kenyataan hari ini, Puad mendakwa Rafizi melalui podcastnya semakin kerap mengkritik Perdana Menteri Anwar Ibrahim dan mendedahkan pelbagai isu dalaman, termasuk mendakwa Anwar tidak gemar dipersoalkan.
Namun, katanya, Rafizi sendiri didakwa tidak selesa apabila dipersoalkan, khususnya berhubung isu projek semikonduktor melibatkan Arm Ltd yang dikaitkan dengannya.
Sehubungan itu, beliau menggesa Rafizi memujuk James Chai pulang segera ke tanah air dan mempersoalkan mengapa individu berkenaan berada di luar negara
Takut apa balik. Kenapa jadi pelarian macam Jho Low dan menantu Muhyiddin?
“Kita harap Rafizi disiasat segera dan beri keterangan. Dia boleh kata mana ada duit berbilion ringgit telah masuk akaun banknya seperti Najib Razak. Itu bukan isunya. Salah laku dan menipu banyak caranya,” katanya
“Justeru Rafizi pujuklah James Chai balik. Baru gentelman. SPRM sedia tanggung tambang balik James Chai. Kalau begitu saya pun ingin buat tawaran yang sama. Tetapi kelas ekonomilah. Justeru Rafizi jangan terlajak “innocent”. Tambah Puad








