Yayasan Kubra mendakwa menerima ancaman baharu melibatkan cubaan menceroboh semula tanah miliknya oleh sekumpulan individu, yang didakwa mahu membangkitkan isu berkaitan kaum, agama dan institusi diraja (3R).
Dalam satu kenyataan hari ini, peguamnya, Muhammad Hariz Md Yusoff Yayasan Kubra Terima Ancaman Tindakan Untuk Menceroboh Semula Tanah Yayasan Kubra oleh Penceroboh Rumah Anutan Haram
Menurutnya, perkera itu berlaku susulan keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam 31 Mac 2026 yang mengenepikan dan membatalkan perintah majistret berkaitan aduan pecah keamanan yang difailkan oleh pihak penceroboh.
Katanya, Yayasan Kubra turut menerima makluman daripada Polis Diraja Malaysia berhubung rancangan sekumpulan individu untuk melakukan pencerobohan semula di tapak tersebut.
“Segala struktur rumah anutan haram atau kuil haram telah runtuh sepenuhnya pada 25 Februari lalu. Tiada lagi berhala di tapak berkenaan selepas pihak penceroboh sendiri membawanya keluar,” katanya.
Beliau mendakwa sebarang cubaan untuk mencetuskan kekecohan, rusuhan atau kegemparan awam berhubung isu itu boleh dianggap sebagai kesalahan jenayah di bawah Kanun Keseksaan.
Sehubungan itu, Yayasan Kubra memaklumkan telah membuat laporan polis bagi mendapatkan kawalan keselamatan serta mengelakkan sebarang insiden yang tidak diingini.
Dalam pada itu, yayasan berkenaan menggesa pihak berkuasa dan kerajaan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang ingkar terhadap perintah mahkamah, termasuk menahan individu yang didakwa cuba menceroboh tanah miliknya.
Menurut kenyataan itu lagi, pihak yayasan turut mempersoalkan naratif 3R yang didakwa cuba dimainkan oleh kumpulan penceroboh dalam isu berkenaan.








