theme-sticky-logo-alt
March 8, 2026
250 Views

“Kita Mahu ‘Forgive And Forget’.-Ahmad Maslan

Inisiatif “Rumah Bangsa” yang diperkenalkan oleh UMNO tidak mengenakan sebarang syarat kepada bekas ahli yang mahu kembali menyertai parti itu kerana ia berteraskan konsep “forgive and forget” atau memaafkan dan melupakan. Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Maslan berkata pendekatan itu merupakan idea murni bagi menyatukan semula bekas ahli dan memperkukuh perjuangan parti... Read More

Inisiatif “Rumah Bangsa” yang diperkenalkan oleh UMNO tidak mengenakan sebarang syarat kepada bekas ahli yang mahu kembali menyertai parti itu kerana ia berteraskan konsep “forgive and forget” atau memaafkan dan melupakan.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Maslan berkata pendekatan itu merupakan idea murni bagi menyatukan semula bekas ahli dan memperkukuh perjuangan parti serta bangsa Melayu.

“Kita tidak mengenakan apa-apa syarat. Tidak ada sesiapa perlu memohon maaf kepada sesiapa. Kita mahu ‘forgive and forget’.

“Kalau kita hendak ungkit, memang banyak perkara boleh diungkit, tetapi apabila kita terus mengungkit, akhirnya tiada siapa yang akan mahu kembali,” katanya kepada Bernama di Pontian, malam tadi.

Ahmad yang juga Ahli Jawatankuasa Rumah Bangsa menjelaskan bahawa keputusan untuk kembali menyertai UMNO bergantung sepenuhnya kepada individu terbabit memandangkan parti itu kini membuka pintu seluas-luasnya kepada bekas ahli yang pernah dipecat, digantung atau meninggalkan parti sebelum ini.

“Siapa yang mahu masuk, masuklah. Kalau tidak mahu, tidak mengapa.

“Kita sudah menyatakan bahawa pendekatan ini tanpa syarat seperti yang disebut oleh Presiden UMNO,” katanya.

Pada Jumaat lalu, Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan bahawa parti itu membuka ruang seluas-luasnya kepada bekas ahli yang pernah dipecat atau digantung keahlian untuk kembali menyertai UMNO tanpa syarat.

15 49.0138 8.38624 both 1 bullet 1 4000 1 0 horizontal https://newmalaysianpost.com.my 50 0 1

Discover more from New Malaysian Post

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading