theme-sticky-logo-alt
March 9, 2026
93 Views

Pemergian Syed Naquib Al-Attas,Dunia Keilmuan Islam Kehilangan Tokoh Besar

Pemergian tokoh pemikir peradaban Islam, Profesor Diraja Tan Sri Dr Syed Muhammad Naquib Al-Attas petang semalam disifatkan sebagai satu kehilangan besar kepada dunia keilmuan Islam serta bidang pemikiran di negara ini. Allahyarham yang terkenal dengan sumbangannya dalam bidang falsafah, teologi dan tamadun Islam pernah menerima gelaran Profesor Diraja Pendidikan Islam pada 23 Oktober 2024 sebagai... Read More

Pemergian tokoh pemikir peradaban Islam, Profesor Diraja Tan Sri Dr Syed Muhammad Naquib Al-Attas petang semalam disifatkan sebagai satu kehilangan besar kepada dunia keilmuan Islam serta bidang pemikiran di negara ini.

Allahyarham yang terkenal dengan sumbangannya dalam bidang falsafah, teologi dan tamadun Islam pernah menerima gelaran Profesor Diraja Pendidikan Islam pada 23 Oktober 2024 sebagai pengiktirafan terhadap jasa dan sumbangan besarnya kepada pembangunan ilmu serta pendidikan Islam.

Sepanjang kerjayanya, beliau merupakan pengasas serta pengarah Institut Pemikiran dan Tamadun Islam Antarabangsa (ISTAC) dan pernah dilantik sebagai Profesor Pelawat Terhormat di Pusat Kajian Lanjutan Mengenai Islam, Sains dan Tamadun (CASIS), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) pada tahun 2012.

Allahyarham memulakan kerjaya sebagai pegawai kadet dalam Rejimen Askar Melayu sebelum dilantik sebagai Ketua Bahagian Sastera di Jabatan Pengajian Melayu, Universiti Malaya pada 1965. Antara tahun 1968 hingga 1970, beliau berkhidmat sebagai Dekan Fakulti Seni Universiti Malaya.

Beliau juga pernah menjadi Ketua Jabatan Bahasa Melayu dan Sastera di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) serta kemudiannya dilantik sebagai Dekan Fakulti Seni universiti tersebut. Pada tahun 1973, beliau turut mengasaskan Institut Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu (IBKKM) di UKM.

Selain itu, Allahyarham pernah menjadi ahli lembaga penasihat bagi beberapa institusi akademik antarabangsa serta terlibat dalam pelbagai persidangan ilmiah termasuk Kongres Antarabangsa des Orientalistes di Paris dan mesyuarat UNESCO di Aleppo, Syria.

Sepanjang hayatnya, beliau menerima pelbagai pengiktirafan termasuk Iqbal Centenary Commemorative Medal daripada Presiden Pakistan, anugerah Tokoh Melayu Terbilang 2011 sempena ulang tahun ke-65 UMNO serta Anugerah Merdeka 2012 bagi kategori Pencapaian Ulung Akademik.

Pemergian Allahyarham turut dirasai ramai apabila pengguna media sosial dan agensi kerajaan menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga beliau. Aktivis dakwah Syed Abdul Kadir Aljoofre menerusi Facebook menzahirkan dukacita serta mendoakan agar Allah mengampunkan dosa Allahyarham dan menerima segala amal baktinya.- Bernama

15 49.0138 8.38624 both 1 bullet 1 4000 1 0 horizontal https://newmalaysianpost.com.my 50 0 1

Discover more from New Malaysian Post

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading