Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Akmal Saleh berkata kesediaan Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi menerima semula ahli yang digantung atau dibuang tanpa syarat akan memperlihatkan jiwa besar kepimpinan parti itu.
Saranan tersebut dibuat selepas bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Isham Jalil menggesa Zahid supaya menurunkan ego serta memohon maaf kepada pemimpin parti yang pernah digantung atau dibuang.
Dalam satu hantaran di Facebook, Akmal berkata penerimaan semula ahli terbabit tanpa syarat akan menunjukkan kebesaran hati kepimpinan parti.
“Bila Datuk Seri Zahid Hamidi meletakkan penyertaan tanpa syarat itu sahaja kita boleh lihat jiwa besar beliau untuk menerima semula ahli yang dibuang dan digantung,” katanya.
“Yang perlu turunkan ego ini adalah kamu bang Isham Jalil,” katanya.
“Jika masih mencari kesalahan, maka percayalah sampai bila-bila kita akan berpecah.
“Semua ada kesalahan masing-masing, kita ambil sebagai pengajaran dan kita kuatkan saf.
“Cukuplah kita berpecah. Penyatuan agama dan bangsa lebih utama daripada kepentingan diri kita,” katanya.
“Tepuk dada tanyalah iman,”








