theme-sticky-logo-alt
March 7, 2026
198 Views

“So Boleh Start Draf Bobby,”- Khairy Jamaluddin

Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin menyatakan hasrat untuk kembali menyertai UMNO susulan pengumuman presidennya, Ahmad Zahid Hamidi yang membuka ruang kepada bekas ahli yang pernah digantung atau dipecat untuk kembali ke pangkuan parti itu. Dalam satu hantaran video di Facebook Keluar Sekejap, Khairy berkata pelawaan tersebut disifatkan sebagai sesuatu yang telah lama dinantikannya. “Wow. Wow.... Read More

Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin menyatakan hasrat untuk kembali menyertai UMNO susulan pengumuman presidennya, Ahmad Zahid Hamidi yang membuka ruang kepada bekas ahli yang pernah digantung atau dipecat untuk kembali ke pangkuan parti itu.

Dalam satu hantaran video di Facebook Keluar Sekejap, Khairy berkata pelawaan tersebut disifatkan sebagai sesuatu yang telah lama dinantikannya.

“Wow. Wow. Perenggan ketiga, UMNO membuka pintu rumah bangsa ini seluas-luasnya kepada mana-mana bekas ahli yang pernah dipecat.

“Tetapi bila dah diundang begitu, saya dah lama sebut bahawa saya ingin kembali ke UMNO. Saya lihat ini sebagai satu perkembangan yang positif dan peluang yang murni secara peribadi.

“So boleh lah start draf (surat), Bobby (setiausaha akhbar) saya nak tengok surat tu,” katanya.

Semalam, Zahid memaklumkan bahawa UMNO membuka pintu seluas-luasnya kepada bekas ahli yang pernah dipecat atau digantung keahlian, selain mana-mana individu yang mahu kembali bersama parti itu. -Malaysia kini

15 49.0138 8.38624 both 1 bullet 1 4000 1 0 horizontal https://newmalaysianpost.com.my 50 0 1

Discover more from New Malaysian Post

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading