theme-sticky-logo-alt
March 6, 2026
199 Views

Kes Dakwaan Sabotaj Negara: Polis Ambil Keterangan Tiga Individu

Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah merakam keterangan tiga individu bagi membantu siasatan berhubung dakwaan cubaan menjatuhkan kerajaan dan perbuatan sabotaj terhadap kestabilan negara. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail, berkata individu berkenaan dipanggil bagi membantu siasatan selepas pihak polis menerima laporan berkaitan dakwaan tersebut. “Sehingga ke hari ini, kita telah... Read More

Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah merakam keterangan tiga individu bagi membantu siasatan berhubung dakwaan cubaan menjatuhkan kerajaan dan perbuatan sabotaj terhadap kestabilan negara.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail, berkata individu berkenaan dipanggil bagi membantu siasatan selepas pihak polis menerima laporan berkaitan dakwaan tersebut.

“Sehingga ke hari ini, kita telah mengambil tiga kenyataan daripada individu yang berkaitan.

“Kita sedang menjalankan siasatan dan akan meneruskan tindakan mengambil kenyataan ini pada masa akan datang,” katanya pada media hari ini.

Beliau turut meminta orang ramai memberi ruang dan masa kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan secara teliti memandangkan kes tersebut melibatkan isu keselamatan negara.

15 49.0138 8.38624 both 1 bullet 1 4000 1 0 horizontal https://newmalaysianpost.com.my 50 0 1

Discover more from New Malaysian Post

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading