theme-sticky-logo-alt
March 7, 2026
298 Views

“Saya Tidak Terlibat,”-Samsuri Mokhtar

 Presiden PN, Ahmad Samsuri Mokhtar menafikan beliau terlibat dalam sebarang pertemuan di Bangkok yang didakwa sesetengah pihak sebagai “Langkah Bangkok”. Dalam satu kenyataan di Facebook, Samsuri berkata dakwaan yang mengaitkan namanya dengan pertemuan tersebut adalah tidak benar dan tidak mempunyai sebarang kaitan dengan dirinya. “Merujuk kepada kenyataan yang dibuat oleh beberapa pihak tertentu, saya ingin... Read More

 Presiden PN, Ahmad Samsuri Mokhtar menafikan beliau terlibat dalam sebarang pertemuan di Bangkok yang didakwa sesetengah pihak sebagai “Langkah Bangkok”.

Dalam satu kenyataan di Facebook, Samsuri berkata dakwaan yang mengaitkan namanya dengan pertemuan tersebut adalah tidak benar dan tidak mempunyai sebarang kaitan dengan dirinya.

“Merujuk kepada kenyataan yang dibuat oleh beberapa pihak tertentu, saya ingin menjelaskan bahawa saya tidak terlibat dalam apa jua pertemuan di Bangkok yang dirujuk oleh setengah pihak sebagai ‘Langkah Bangkok’ seperti yang dilaporkan,” katanya.

“Sebarang pertemuan atau perbincangan yang dikaitkan dengan perkara tersebut adalah tidak melibatkan saya dan tiada kena mengena dengan saya,” katanya lagi.

Samsuri turut berharap semua pihak tidak membuat spekulasi atau mengaitkan namanya dengan perkara yang tidak berlaku.

15 49.0138 8.38624 both 1 bullet 1 4000 1 0 horizontal https://newmalaysianpost.com.my 50 0 1

Discover more from New Malaysian Post

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading