Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini dimaklumkan bahawa Jabatan Peguam Negara (AGC) tidak membantah permohonan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, untuk mendapatkan pembebasan penuh (Discharge Amounting to Acquittal – DNAA) daripada 47 pertuduhan yang berkaitan dengan dakwaan rasuah, pecah amanah dan pengubahan wang haram membabitkan dana Yayasan Akalbudi.
Dalam prosiding yang berlangsung hari ini, pihak pendakwaan tidak membantah, sekaligus membuka ruang kepada mahkamah untuk mendengar hujahan pembelaan dalam permohonan untuk menukar status pelepasan tanpa pembebasan (DNAA) yang diberikan sebelum ini kepada pembebasan penuh.
Permohonan Zahid untuk pembebasan penuh itu adalah bagi memastikan bahawa segala pertuduhan yang digugurkan tidak lagi menggantung status undang-undang terhadapnya, selepas Mahkamah Tinggi pada 4 September 2023 memberikan perintah DNAA terhadap 47 pertuduhan tersebut.-Malaysia Kini








