theme-sticky-logo-alt
February 24, 2026
377 Views

“Tak Perlu Terburu-Buru”-Anwar Ibrahim

PARLIMEN: Perdana Menteri Dato‘ Seri Anwar Ibrahim menegaskan kerajaan tidak akan terburu-buru membuat keputusan berhubung cadangan untuk membatalkan perjanjian timbal balik tarif yang ditandatangani pada 26 Oktober 2025, seperti yang disarankan Ahli Parlimen Pasir Gudang. Menjawab soalan dan cadangan tersebut di Dewan Rakyat, beliau berkata kerajaan bersetuju supaya perkara itu dinilai semula susulan keputusan Mahkamah... Read More

PARLIMEN: Perdana Menteri DatoSeri Anwar Ibrahim menegaskan kerajaan tidak akan terburu-buru membuat keputusan berhubung cadangan untuk membatalkan perjanjian timbal balik tarif yang ditandatangani pada 26 Oktober 2025, seperti yang disarankan Ahli Parlimen Pasir Gudang.

Menjawab soalan dan cadangan tersebut di Dewan Rakyat, beliau berkata kerajaan bersetuju supaya perkara itu dinilai semula susulan keputusan Mahkamah Agung Amerika Syarikat yang diputuskan baru-baru ini, namun sebarang tindakan perlu dibuat secara teliti dan mengambil kira kepentingan negara.

“Kesan supaya kita menilai semula berdasarkan keputusan mahkamah itu saya setuju. Tetapi apa keputusan yang harus dilakukan, kita tidak boleh terburu-buru,” katanya.

Beliau menjelaskan bahawa beberapa peruntukan berkaitan tarif seperti Seksyen 338, Seksyen 201 dan aspek klasifikasi tarif serta kodifikasi Kongres Amerika Syarikat masih mempunyai ruang perundangan yang belum dimuktamadkan sepenuhnya.

Menurutnya, kedudukan Kongres Amerika Syarikat juga perlu diambil kira, termasuk sama ada badan itu akan memperakui atau mencabar beberapa peruntukan berkaitan.

“Kenapa kita perlu terburu-buru hanya kerana Mahkamah Agung Amerika membuat keputusan tiga hari lalu? Hari ini kita terus mahu batalkan? Saya tidak setuju. Apa juga keputusan mesti pertahankan kepentingan ekonomi dan perdagangan kita dahulu,” katanya.

Perdana Menteri turut menegaskan bahawa kerajaan perlu meneliti reaksi dan tindakan negara-negara lain di peringkat global terhadap keputusan tersebut, selain mengambil kira dasar domestik Amerika Syarikat yang mungkin masih tertakluk kepada cabaran undang-undang atau perubahan lanjut.

15 49.0138 8.38624 both 1 bullet 1 4000 1 0 horizontal https://newmalaysianpost.com.my 50 0 1

Discover more from New Malaysian Post

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading