KUALA LUMPUR: Malaysia akan menyalurkan sumbangan sebanyak AS$1 juta kepada Nepal bagi membantu mangsa banjir serta menyokong usaha pemulihan pascabencana di negara itu.
Menurut AWANI,Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Malaysia turut menggerakkan Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) bagi membantu operasi mencari dan menyelamat (SAR) susulan bencana berkenaan.
Beliau turut berkata pasukan SMART juga akan ditugaskan mengesan dan membawa pulang rakyat Malaysia yang terjejas akibat bencana itu.
“Pasukan SMART turut diamanahkan untuk mengesan dan membawa pulang rakyat Malaysia yang terjejas, selain membantu Kedutaan Besar Malaysia di Nepal menyelaras bantuan serta memastikan keselamatan dan kebajikan mereka,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), dengan kerjasama Kementerian Luar (KLN), akan menyelaras dengan kerajaan Nepal bagi membolehkan pasukan SMART digerakkan secepat mungkin.








