theme-sticky-logo-alt
August 30, 2026
40 Views

“UMNO Akan Runding Kerjasama Selepas DUN Melaka Dibubarkan,”- Ahmad Zahid Hamidi

KUALA LUMPUR: UMNO akan memulakan rundingan rasmi dengan mana-mana parti berhubung kemungkinan kerjasama bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka selepas Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka dibubarkan. Menurut Malaysia KiniPresiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, perkara itu telah diserahkan kepada Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh untuk mengetuai perbincangan berkenaan.... Read More

KUALA LUMPUR: UMNO akan memulakan rundingan rasmi dengan mana-mana parti berhubung kemungkinan kerjasama bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka selepas Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka dibubarkan.

Menurut Malaysia KiniPresiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, perkara itu telah diserahkan kepada Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh untuk mengetuai perbincangan berkenaan.

Beliau juga berkata perbincangan secara tidak rasmi mungkin sudah berlangsung ketika ini, namun rundingan secara rasmi hanya akan dimulakan selepas pembubaran DUN Melaka.

“Kita telah menyerahkan kepada Yang Berhormat Ketua Menteri Ab Rauf Yusoh dan saya fikir dia akan adakan perbincangan rasmi, setelah DUN Melaka dibubarkan.

“Sekarang mungkin (ada) perbincangan secara tidak rasmi tetapi, rundingan rasmi itu selepas bubar (DUN),” katanya.

Timbalan Perdana Menteri berkata demikian ketika ditanya mengenai pendirian UMNO berhubung kemungkinan kerjasama dengan Perikatan Nasional (PN) bagi menghadapi PRN Melaka.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid berkata beliau sebelum ini telah mengadakan perbincangan dengan keseluruhan Biro Politik UMNO Melaka yang membentangkan persediaan parti bagi menghadapi pilihan raya negeri berkenaan.

Beliau berkata pembentangan tersebut kemudiannya dibawa ke peringkat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO untuk dibincangkan secara terperinci.

Katanya, perbincangan itu turut melibatkan pembentangan data yang diperoleh menerusi war room UMNO Melaka.

15 49.0138 8.38624 both 1 bullet 1 4000 1 0 horizontal https://newmalaysianpost.com.my 50 0 1

Discover more from New Malaysian Post

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading