theme-sticky-logo-alt
February 14, 2026
277 Views

Wan Fayhsal: “Alhamdulillah Saya Tak Menyesal!”

Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mengesahkan beliau telah dipecat daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) susulan tindakan disiplin yang diambil oleh lembaga disiplin parti berikutan konflik dalaman berkaitan kepimpinan parti. Dalam kenyataan di Facebook peribadinya tengah hari ini, Wan Fayhsal berkata beliau “Alhamdulillah tidak menyesal dan sama sekali tidak kecewa” menerima... Read More

Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mengesahkan beliau telah dipecat daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) susulan tindakan disiplin yang diambil oleh lembaga disiplin parti berikutan konflik dalaman berkaitan kepimpinan parti.

Dalam kenyataan di Facebook peribadinya tengah hari ini, Wan Fayhsal berkata beliau “Alhamdulillah tidak menyesal dan sama sekali tidak kecewa” menerima keputusan tersebut, sambil menegaskan tindakan itu bukan dibuat atas dasar emosi tetapi berpaksikan prinsip agama dan amanah kepimpinan yang dipikulnya.

Beliau turut menzahirkan sokongan terhadap Datuk Seri Hamzah Zainuddin, Timbalan Presiden Bersatu yang turut dipecat pada masa yang sama dan menyatakan penolakannya terhadap Presiden parti, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Menurut Wan Fayhsal, beliau melihat kepimpinan semasa tidak mengambil kira sensitiviti pengundi Melayu-Islam dan ini telah melemahkan kekuatan serta persiapan Perikatan Nasional (PN).

Selain Wan Fayhsal dan Hamzah, Lembaga Disiplin Bersatu juga memecat 15 ahli lain parti termasuk dua lagi Ahli Parlimen dan dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN). Keputusan dibuat selaras dengan peruntukan Fasal 22.5 Perlembagaan Bersatu dan mereka yang dikenakan tindakan berhak membuat rayuan dalam tempoh 14 hari dari tarikh surat pemecatan. -Astro Awani

15 49.0138 8.38624 both 1 bullet 1 4000 1 0 horizontal https://newmalaysianpost.com.my 50 0 1

Discover more from New Malaysian Post

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading