theme-sticky-logo-alt
February 14, 2026
85 Views

Imigresen Sasar Bazar Ramadan, 6,200 Pati Ditahan Sejak Januari

Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) akan mempergiatkan operasi penguatkuasaan di bazar Ramadan seluruh negara bagi memastikan tiada pendatang tanpa izin (PATI) terlibat sebagai peniaga atau pekerja. Menurut Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JIM, Datuk Lokman Effendi Ramli, langkah itu bertujuan memastikan tiada warga asing menjalankan perniagaan atau diupah bekerja tanpa permit sah, termasuk sebagai peniaga atau pekerja... Read More

Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) akan mempergiatkan operasi penguatkuasaan di bazar Ramadan seluruh negara bagi memastikan tiada pendatang tanpa izin (PATI) terlibat sebagai peniaga atau pekerja.

Menurut Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JIM, Datuk Lokman Effendi Ramli, langkah itu bertujuan memastikan tiada warga asing menjalankan perniagaan atau diupah bekerja tanpa permit sah, termasuk sebagai peniaga atau pekerja di bazar berkenaan. Beliau berkata operasi tidak akan berhenti bahkan terus dijalankan sepanjang bulan Ramadan.

Selain itu beliau turut berkata tindakan tegas akan diambil terhadap warga asing dan majikan yang melanggar Akta Imigresen 1959/63.

Sejak 1 Januari lalu, sebanyak kira-kira 1,700 operasi dijalankan melibatkan pemeriksaan lebih 27,000 warga asing dengan 6,200 individu ditahan atas pelbagai kesalahan imigresen. Seramai 230 majikan turut ditahan.

Dalam operasi terbaharu di Sungai Long, 51 warga asing ditahan selepas pemeriksaan terhadap 463 individu, dengan kesalahan termasuk tiada dokumen sah, tinggal lebih masa dan salah guna permit kerja. Kesemua mereka dibawa ke Depot Imigresen KLIA untuk tindakan lanjut. -Bernama

15 49.0138 8.38624 both 1 bullet 1 4000 1 0 horizontal https://newmalaysianpost.com.my 50 0 1

Discover more from New Malaysian Post

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading