theme-sticky-logo-alt
February 13, 2026
170 Views

Lapan Ahli Parlimen PH gesa gantung tugas KP SPRM, desak siasatan bebas dakwaan Bloomberg

KUALA LUMPUR – Lapan ahli parlimen kerajaan hari ini menggesa supaya Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki digantung tugas serta-merta bagi membolehkan satu siasatan bebas dan telus dijalankan susulan dakwaan salah laku dan penyalahgunaan kuasa yang dilaporkan media antarabangsa, Bloomberg. Dalam satu kenyataan media bertarikh 13 Februari, kumpulan ahli parlimen... Read More

KUALA LUMPUR – Lapan ahli parlimen kerajaan hari ini menggesa supaya Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki digantung tugas serta-merta bagi membolehkan satu siasatan bebas dan telus dijalankan susulan dakwaan salah laku dan penyalahgunaan kuasa yang dilaporkan media antarabangsa, Bloomberg.

Dalam satu kenyataan media bertarikh 13 Februari, kumpulan ahli parlimen itu menyifatkan pendedahan tersebut sebagai “sangat serius” dan mengingatkan ia mengimbau kembali episod skandal 1MDB hampir sedekad lalu yang disifatkan sebagai “mimpi ngeri” buat rakyat Malaysia.

Menurut kenyataan itu, tindak balas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap dakwaan berkenaan akan diperhatikan dengan teliti oleh rakyat, memandangkan pengalaman lalu yang menyaksikan cubaan mengelak atau menutup pendedahan skandal besar.

Kenyataan bersama itu mendakwa laporan media tempatan setakat ini hanya menyebut salah laku secara umum tanpa menghuraikan butiran kes dan bukti seperti yang didedahkan Bloomberg.

Antara contoh yang dipetik termasuk dakwaan seorang ahli perniagaan, Victor Chin, disiasat atas tuduhan pengubahan wang haram lebih RM500 juta melalui syarikat tersenarai awam, namun kes berakhir tanpa pendakwaan dan sebahagian besar wang dipulangkan.

Selain itu, kenyataan itu turut merujuk dakwaan campur tangan Azam dalam satu kes polis melibatkan senjata api yang dikaitkan dengan seorang kenalan rapatnya, serta tuduhan kononnya wujud persekongkolan antara pegawai SPRM dan sekumpulan ahli perniagaan untuk menekan pihak lain menyerahkan syarikat mereka.

Kenyataan berkenaan juga menzahirkan kebimbangan terhadap dakwaan bahawa seorang ahli perniagaan yang dikaitkan dalam laporan Bloomberg pernah menguasai sebuah syarikat yang sebelum ini mempunyai hubungan dengan bekas setiausaha politik perdana menteri.

Sehubungan itu, kumpulan ahli parlimen berkenaan menegaskan setiap pendedahan tersebut mewajarkan siasatan jenayah dibuka segera melibatkan bukan sahaja SPRM, malah agensi penguatkuasaan lain seperti Polis Diraja Malaysia dan Lembaga Hasil Dalam Negeri.

Mereka turut memaklumkan beberapa tindakan susulan akan diambil bermula minggu depan, termasuk menulis kepada ahli parlimen merentas parti untuk mendapatkan sokongan menggantung Azam, menggesa sesi penerangan di kawasan masing-masing, serta mencadangkan perhimpunan aman melalui gabungan masyarakat sivil.

Selain itu, salah seorang penandatangan memaklumkan kesediaan berdepan kemungkinan siasatan atau tindakan terhadap dirinya, sambil mendakwa menerima maklumat mengenai kemungkinan serbuan oleh SPRM.

Kenyataan bersama itu ditandatangani lapan ahli parlimen, antaranya Rafizi Ramli (Pandan), Wong Chen (Subang), Rodziah Ismail (Ampang), Nik Nazmi Nik Ahmad (Setiawangsa), Lee Chean Chung (Petaling Jaya), S Kesavan (Sungai Siput), Tan Kar Hing (Gopeng) dan Zahir Hassan (Wangsa Maju).

15 49.0138 8.38624 both 1 bullet 1 4000 1 0 horizontal https://newmalaysianpost.com.my 50 0 1

Discover more from New Malaysian Post

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading