theme-sticky-logo-alt
February 13, 2026
121 Views

Kontena Ikan dan Petfood Bernilai Lebih RM266,000 Disita AKPS

Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) menyita dua kontena berisi barangan ikan dan makanan haiwan (petfood) yang disyaki diseludup tanpa dokumen sah, dengan jumlah nilai lebih RM266,000 di Pelabuhan Klang. Dalam pemeriksaan dijalankan oleh pegawai AKPS di kawasan pelabuhan, kedua-dua kontena didapati mengandungi barangan yang tidak disertakan dokumen import yang lengkap dan sah Menurut... Read More

Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) menyita dua kontena berisi barangan ikan dan makanan haiwan (petfood) yang disyaki diseludup tanpa dokumen sah, dengan jumlah nilai lebih RM266,000 di Pelabuhan Klang.

Dalam pemeriksaan dijalankan oleh pegawai AKPS di kawasan pelabuhan, kedua-dua kontena didapati mengandungi barangan yang tidak disertakan dokumen import yang lengkap dan sah

Menurut Komander AKPS Pelabuhan Klang, Datuk Nik Ezanee Mohd Faisal operasi pertama dijalankan antara jam 9 pagi hingga 11 pagi semalam menyaksikan penyitaan satu kontena mengandungi hasilan ikan jenis Pangasius fillet yang diimport dari Vietnam. Rampasan itu dianggarkan bernilai RM191,684.35 dengan berat kira-kira 25,000 kilogram (kg).

Operasi kedua pada hari sama, yang berlangsung antara jam 11.30 pagi hingga 1 petang, melibatkan penyitaan satu kontena berisi hasilan haiwan jenis makanan haiwan (petfood) yang diimport dari New Zealand. Rampasan tersebut seberat 10,420.80 kg dengan nilai dianggarkan RM74,416.96.

Secara keseluruhan, nilai rampasan bagi kedua-dua operasi itu dianggarkan berjumlah RM266,101.31, membabitkan berat keseluruhan sebanyak 35,420 kg,

Siasatan kini sedang dijalankan di bawah Seksyen 11 (1) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta 728] atas kesalahan mengimport tanpa permit import Maqis yang sah. -Malaysia Gazette

15 49.0138 8.38624 both 1 bullet 1 4000 1 0 horizontal https://newmalaysianpost.com.my 50 0 1