theme-sticky-logo-alt
February 5, 2026
86 Views

Gencatan Senjata Dicabar, Israel Lancar Serangan Berdarah di Gaza

Israel membunuh sekurang-kurangnya 23 rakyat Palestin dalam beberapa serangan di seluruh Semenanjung Gaza pada Rabu, menjadikannya antara hari paling berdarah sejak gencatan senjata bermula pada Oktober lalu. Sumber perubatan memaklumkan kepada Al Jazeera bahawa mangsa termasuk beberapa kanak-kanak, antaranya seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun. Serangan paling dahsyat dilaporkan berlaku di kawasan kejiranan Tuffah dan... Read More

Israel membunuh sekurang-kurangnya 23 rakyat Palestin dalam beberapa serangan di seluruh Semenanjung Gaza pada Rabu, menjadikannya antara hari paling berdarah sejak gencatan senjata bermula pada Oktober lalu.

Sumber perubatan memaklumkan kepada Al Jazeera bahawa mangsa termasuk beberapa kanak-kanak, antaranya seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun.

Serangan paling dahsyat dilaporkan berlaku di kawasan kejiranan Tuffah dan Zeitoun di Bandaraya Gaza, mengorbankan sekurang-kurangnya 14 orang. Wartawan Al Jazeera melaporkan beberapa rumah kediaman disasarkan secara langsung tanpa sebarang amaran awal.

Di selatan Gaza, empat orang terbunuh apabila khemah penduduk yang dipindahkan di Qizan Abu Rashwan, selatan Khan Younis, dibedil. Dua lagi maut dalam serangan udara ke atas kem khemah pantai al-Mawasi. Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin mengesahkan salah seorang mangsa ialah petugas kecemasan, Hussein Hasan Hussein al-Sumairy.

Menurut laporan, lebih 520 rakyat Palestin terbunuh sejak gencatan senjata berkuat kuasa hampir empat bulan lalu. Sejak perang bermula pada 7 Oktober 2023, jumlah korban rakyat Palestin mencecah sekurang-kurangnya 71,803 orang.

Beberapa pertubuhan hak asasi manusia serta siasatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menyifatkan tindakan ketenteraan Israel di Gaza sebagai pembunuhan beramai-ramai. Kes berkaitan kini sedang dibicarakan di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) di The Hague. – Astro Awani

15 49.0138 8.38624 both 1 bullet 1 4000 1 0 horizontal https://newmalaysianpost.com.my 50 0 1

Discover more from New Malaysian Post

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading