theme-sticky-logo-alt
June 18, 2026
2 Views

Trump Tandatangani MoU Tamatkan Konflik AS-Iran

WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump dan Presiden Iran, Masoud Pezeshkian, semalam menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) yang bertujuan menamatkan konflik antara kedua-dua negara. Seorang pegawai AS memaklumkan perkara itu kepada Reuters. Menurut pegawai berkenaan, memorandum tersebut terlebih dahulu ditandatangani secara digital pada Ahad oleh Naib Presiden AS, JD Vance dan ketua perunding Iran,... Read More

WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump dan Presiden Iran, Masoud Pezeshkian, semalam menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) yang bertujuan menamatkan konflik antara kedua-dua negara. Seorang pegawai AS memaklumkan perkara itu kepada Reuters.

Menurut pegawai berkenaan, memorandum tersebut terlebih dahulu ditandatangani secara digital pada Ahad oleh Naib Presiden AS, JD Vance dan ketua perunding Iran, Mohammad Baqer Qalibaf.

Proses menandatangani dokumen itu turut disaksikan Trump. MoU berkenaan dicapai hasil rundingan intensif yang berlangsung sejak beberapa minggu lalu dan menjadi asas kepada usaha menamatkan konflik antara Washington dan Tehran.

Konflik tersebut sebelum ini mencetuskan ketegangan serantau, selain memberi kesan terhadap pasaran tenaga global.

Antara perkara yang dipersetujui termasuk komitmen kedua-dua pihak untuk menghentikan operasi ketenteraan, membuka laluan kepada rundingan lanjut bagi mencapai perjanjian damai yang lebih menyeluruh serta langkah berperingkat ke arah pelonggaran sekatan terhadap Tehran.- Berita Harian Online

15 49.0138 8.38624 both 1 bullet 1 4000 1 0 horizontal https://newmalaysianpost.com.my 50 0 1

Discover more from New Malaysian Post

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading