theme-sticky-logo-alt
February 5, 2026
90 Views

Dewan Rakyat Teliti SARA, Kebajikan Pekerja dan Penipuan Jual Beli

KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat hari ini membincangkan beberapa isu utama termasuk jumlah transaksi Sumbangan Asas Rahmah (SARA), kes penipuan melibatkan jual beli, serta inisiatif baharu kerajaan dalam memperluas perlindungan sosial kepada pekerja. Menurut Aturan Urusan Mesyuarat Parlimen, Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa (PH-Sekijang) mengajukan soalan kepada Menteri Kewangan mengenai jumlah peruntukan SARA yang dibelanjakan melalui... Read More

KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat hari ini membincangkan beberapa isu utama termasuk jumlah transaksi Sumbangan Asas Rahmah (SARA), kes penipuan melibatkan jual beli, serta inisiatif baharu kerajaan dalam memperluas perlindungan sosial kepada pekerja.

Menurut Aturan Urusan Mesyuarat Parlimen, Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa (PH-Sekijang) mengajukan soalan kepada Menteri Kewangan mengenai jumlah peruntukan SARA yang dibelanjakan melalui sistem MyKasih sepanjang 2025, nilai transaksi sebenar yang dijana dalam pasaran tempatan, serta status baki bantuan yang tidak dibelanjakan sehingga tarikh luput 31 Disember 2025. Beliau turut meminta penjelasan mengenai pelan penambahbaikan sistem bagi tahun 2026.

Dalam sesi sama, Kalam Salan (PN-Sabak Bernam) meminta jaminan Menteri Sumber Manusia bahawa penempatan Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA) di bawah kementerian tersebut tidak menjejaskan kebajikan dan keberkesanan agenda berkaitan kaum India.

Sementara itu, V Ganabatirau (PH-Klang) mengemukakan soalan kepada Menteri Perpaduan Negara mengenai cadangan mewujudkan mekanisme atau badan penyelarasan nasional bagi mengurus hal ehwal agama selain Islam, termasuk tadbir urus rumah ibadat, pematuhan undang-undang dan mediasi konflik komuniti.

Pada sesi soal jawab, Datuk Rosol Wahid (PN-Hulu Terengganu) bertanya kepada Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup mengenai jumlah kes penipuan transaksi jual beli yang dilaporkan sejak 2023, termasuk jumlah kes yang dibawa ke mahkamah serta jenis hukuman dikenakan.

Persidangan Dewan Rakyat kemudiannya diteruskan dengan sesi penggulungan perbahasan usul Menjunjung Kasih Titah Diraja oleh kementerian berkaitan, dengan sidang Parlimen dijadual berlangsung selama 20 hari hingga 3 Mac ini. -BERNAMA

15 49.0138 8.38624 both 1 bullet 1 4000 1 0 horizontal https://newmalaysianpost.com.my 50 0 1