theme-sticky-logo-alt
August 2, 2026
67 Views

BN-PN bentuk kerajaan baharu Negeri Sembilan – Ahmad Zahid

SEREMBAN: Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) akan membentuk Kerajaan Negeri Sembilan yang baharu selepas memperoleh perkenan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir. Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, beliau telah dititah menghadap Tuanku Muhriz di Istana Hinggap, Seremban, malam ini sejurus proses pengiraan undi bagi Pilihan Raya... Read More

SEREMBAN: Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) akan membentuk Kerajaan Negeri Sembilan yang baharu selepas memperoleh perkenan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.

Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, beliau telah dititah menghadap Tuanku Muhriz di Istana Hinggap, Seremban, malam ini sejurus proses pengiraan undi bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan selesai.

Menurutnya, dalam sesi menghadap itu, beliau telah mempersembahkan keputusan pilihan raya serta kesepakatan yang dicapai antara BN dan PN kepada baginda.

“Atas perkenan Tuanku, Barisan Nasional dan Perikatan Nasional akan membentuk Kerajaan Negeri Sembilan yang baharu,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook.

Ahmad Zahid berkata, BN menjunjung kasih atas perkenan tersebut dan akan melaksanakan amanah membentuk kerajaan negeri dengan penuh tanggungjawab.

Beliau berkata, pentadbiran baharu itu akan berlandaskan Perlembagaan Tubuh Kerajaan Negeri serta prinsip kestabilan, kemakmuran dan kesejahteraan seluruh rakyat Negeri Sembilan.

Menurutnya, BN juga akan terus menjunjung tinggi, memelihara dan menghormati institusi diraja sebagai payung kedaulatan negeri, lambang perpaduan rakyat serta teras kepada sistem Raja Berperlembagaan.

Ahmad Zahid turut mendoakan agar Tuanku Muhriz terus dikurniakan rahmat, kebijaksanaan dan inayah dalam memayungi Negeri Sembilan serta seluruh rakyat negeri itu.

15 49.0138 8.38624 both 1 bullet 1 4000 1 0 horizontal https://newmalaysianpost.com.my 50 0 1

Discover more from New Malaysian Post

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading