theme-sticky-logo-alt
February 5, 2026
96 Views

Nama Pendakwah Terkenal Tular Dalam Senarai Sebutan Mahkamah, SPRM Belum Keluar Kenyataan Rasmi

Satu tangkap layar senarai sebutan kes mahkamah yang tular di media sosial hari ini mencetuskan pelbagai spekulasi selepas nama seorang individu dikenali sebagai Yaakub Yusra muncul dalam sistem paparan kes berkenaan. Berdasarkan paparan tersebut, kes berstatus “Pendakwa Raya” dijadualkan untuk sebutan pada 5 Februari 2026 jam 9 pagi di Mahkamah Majistret 1. Namun begitu, butiran... Read More

Satu tangkap layar senarai sebutan kes mahkamah yang tular di media sosial hari ini mencetuskan pelbagai spekulasi selepas nama seorang individu dikenali sebagai Yaakub Yusra muncul dalam sistem paparan kes berkenaan.

Berdasarkan paparan tersebut, kes berstatus “Pendakwa Raya” dijadualkan untuk sebutan pada 5 Februari 2026 jam 9 pagi di Mahkamah Majistret 1. Namun begitu, butiran lanjut mengenai jenis pertuduhan tidak dinyatakan dalam senarai berkenaan.

Sehingga kini, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung dakwaan penahanan atau siasatan terhadap individu terbabit.

Tinjauan di media sosial mendapati wujud pelbagai dakwaan yang tidak disahkan, termasuk tuduhan penahanan oleh pihak berkuasa. Bagaimanapun, setakat ini tiada pengesahan rasmi daripada SPRM mahupun pihak mahkamah berhubung perkara tersebut.

15 49.0138 8.38624 both 1 bullet 1 4000 1 0 horizontal https://newmalaysianpost.com.my 50 0 1

Discover more from New Malaysian Post

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading