theme-sticky-logo-alt
November 24, 2026
30 Views

Perak Beri Perhatian Isu Jalan Rosak, JKR Diperuntukkan RM 258.15 Juta Pada 2027

IPOH: Kerajaan Negeri Perak terus memberikan perhatian terhadap isu jalan raya rosak dan berlubang dengan jangkaan penerimaan RM635.5 juta bagi kerja penyelenggaraan jalan di seluruh negeri pada tahun 2027. Langkah itu bagi memastikan keselamatan pengguna jalan raya lebih terjamin, sekali gus menangani keluhan rakyat berhubung keadaan jalan yang boleh mengundang risiko kemalangan. Menteri Besar Perak,... Read More

IPOH: Kerajaan Negeri Perak terus memberikan perhatian terhadap isu jalan raya rosak dan berlubang dengan jangkaan penerimaan RM635.5 juta bagi kerja penyelenggaraan jalan di seluruh negeri pada tahun 2027.

Langkah itu bagi memastikan keselamatan pengguna jalan raya lebih terjamin, sekali gus menangani keluhan rakyat berhubung keadaan jalan yang boleh mengundang risiko kemalangan.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan itu disalurkan melalui Kumpulan Wang Amanah Penyenggaraan Jalan Negeri (MARRIS) bagi menyelenggara jaringan jalan berdaftar sepanjang 28,890 kilometer.

Ia merangkumi jalan negeri, jalan pihak berkuasa tempatan, jalan pertanian serta jalan kampung.

Menurutnya, kerajaan negeri menyedari keluhan dan kritikan rakyat berhubung keadaan jalan raya, khususnya melibatkan keselamatan mereka yang keluar mencari rezeki dan menghantar anak ke sekolah.

“Mereka tidak menuntut jalan yang serba sempurna, tetapi mengharapkan kerosakan yang membahayakan nyawa tidak dibiarkan berpanjangan,” katanya ketika membentangkan Belanjawan Perak 2027 di Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, hari ini.

Dalam pada itu, Jabatan Kerja Raya (JKR) turut diperuntukkan sebanyak RM258.15 juta bagi tahun 2027, melibatkan peningkatan keseluruhan RM7.9 juta berbanding tahun sebelumnya.

Daripada jumlah tersebut, RM110.15 juta diperuntukkan bagi Belanja Mengurus, meningkat RM4.4 juta, manakala RM148 juta disediakan bagi Belanja Pembangunan, bertambah RM3.5 juta.

Peruntukan berkenaan akan digunakan bagi melaksanakan kerja pembinaan, penaiktarafan dan penyelenggaraan jalan raya, jambatan serta bangunan kerajaan.

Ia turut memberi tumpuan kepada usaha memperkukuh kemudahan perhubungan di kawasan luar bandar dan pedalaman.

Saarani turut menekankan bahawa besarnya peruntukan penyelenggaraan jalan raya membawa bersama harapan rakyat agar kerosakan yang mengancam keselamatan pengguna dapat ditangani dan tidak dibiarkan berlarutan.

15 49.0138 8.38624 both 1 bullet 1 4000 1 0 horizontal https://newmalaysianpost.com.my 50 0 1