theme-sticky-logo-alt
November 24, 2026
36 Views

Belanjawan Negeri Perak 2027:”Elaun Gurun Naik RM 200,Penyelia RM 100

IPOH, 24 Nov: Kerajaan Negeri Perak mengumumkan kenaikan elaun bulanan guru dan penyelia Tadika Islam sebagai menghargai jasa serta pengorbanan golongan pendidik dalam membentuk generasi masa depan negeri. Inisiatif yang berkuat kuasa mulai Januari 2027 itu bakal memanfaatkan seramai 180 guru dan penyelia Tadika Islam di seluruh Perak. Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad... Read More

IPOH, 24 Nov: Kerajaan Negeri Perak mengumumkan kenaikan elaun bulanan guru dan penyelia Tadika Islam sebagai menghargai jasa serta pengorbanan golongan pendidik dalam membentuk generasi masa depan negeri.

Inisiatif yang berkuat kuasa mulai Januari 2027 itu bakal memanfaatkan seramai 180 guru dan penyelia Tadika Islam di seluruh Perak.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, elaun bulanan guru Tadika Islam akan dinaikkan sebanyak RM200, daripada RM1,200 kepada RM1,400 sebulan.

Sementara itu, elaun bulanan penyelia Tadika Islam turut dinaikkan sebanyak RM100, daripada RM1,500 kepada RM1,600 sebulan.

Menurutnya, kenaikan tersebut akan memanfaatkan seramai 168 guru dan 12 penyelia Tadika Islam dengan peruntukan keseluruhan elaun berjumlah RM3.05 juta.

Beliau mengumumkan perkara itu ketika membentangkan Belanjawan Perak 2027 pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak hari ini.

Saarani berkata, guru Tadika Islam telah sekian lama memikul amanah dalam menyemai asas pendidikan dan membentuk akhlak anak-anak meskipun menerima imbuhan yang sederhana.

“Mereka mendidik anak-anak mengenal huruf, mengenal Tuhan dan mengenal erti kehidupan, biarpun dengan imbuhan yang serba sederhana.

“Sudah sewajarnya pengabdian mereka diberikan penghargaan yang lebih bermakna,” katanya.

Beliau turut menekankan bahawa setiap kejayaan kerajaan tidak terlepas daripada pengorbanan dan kesungguhan pelbagai pihak dalam melaksanakan amanah masing-masing.

Kenaikan elaun itu menyaksikan guru Tadika Islam menerima peningkatan imbuhan bulanan sebanyak 16.7 peratus, manakala penyelia menerima peningkatan sebanyak 6.7 peratus.

Langkah tersebut mencerminkan penghargaan kerajaan negeri terhadap peranan golongan pendidik yang bukan sahaja memberikan pendidikan awal kepada kanak-kanak, malah turut memainkan peranan penting dalam membentuk sahsiah, akhlak dan nilai keagamaan generasi masa depan Perak.

 

15 49.0138 8.38624 both 1 bullet 1 4000 1 0 horizontal https://newmalaysianpost.com.my 50 0 1