theme-sticky-logo-alt
November 24, 2026
34 Views

Belanjawan 2027:RM 13 Juta Diperuntukkan Bagi Kebajikan & Keperluan Masyarakat Bukan Islam

IPOH, 24 Nov: Masyarakat bukan Islam di Perak terus mendapat perhatian menerusi Belanjawan Perak 2027 dengan peningkatan peruntukan Hal Ehwal Bukan Islam (HEBI) kepada RM13 juta. Sebanyak RM250,000 turut disediakan bagi pelaksanaan program pengukuhan integrasi nasional dalam usaha mempererat hubungan masyarakat berbilang kaum di negeri ini. Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, daripada... Read More

IPOH, 24 Nov: Masyarakat bukan Islam di Perak terus mendapat perhatian menerusi Belanjawan Perak 2027 dengan peningkatan peruntukan Hal Ehwal Bukan Islam (HEBI) kepada RM13 juta.

Sebanyak RM250,000 turut disediakan bagi pelaksanaan program pengukuhan integrasi nasional dalam usaha mempererat hubungan masyarakat berbilang kaum di negeri ini.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, daripada jumlah peruntukan HEBI tersebut, sebanyak RM6.5 juta disalurkan bagi Hal Ehwal Bukan Islam Kaum Cina dan Kampung Baru Cina.

Baki RM6.5 juta pula diperuntukkan bagi Hal Ehwal Bukan Islam Kaum India, Kampung India dan lain-lain kaum.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan Belanjawan Perak 2027 pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak hari ini.

Menurut Saarani, rakyat Perak daripada pelbagai kaum, agama dan budaya telah sekian lama hidup berjiran, mencari rezeki, membesarkan keluarga serta berkongsi suka duka dalam mengharungi cabaran kehidupan.

“Perbezaan tidak pernah menghalang kita daripada membina kehidupan bersama, selagi rasa hormat, persefahaman dan semangat muhibah terus dipelihara,” katanya.

Beliau menegaskan bahawa warisan keharmonian tersebut perlu dipertahankan, terutama ketika perbezaan pandangan dan sentimen perkauman mudah mengundang prasangka dalam kalangan masyarakat.

Dalam pada itu, pelaksanaan program pengukuhan integrasi nasional pada tahun hadapan akan memberi tumpuan kepada usaha menyuburkan persefahaman dan memperkukuh hubungan antara masyarakat pelbagai kaum.

Peningkatan peruntukan berkenaan memperlihatkan komitmen pentadbiran negeri dalam menjaga kebajikan masyarakat bukan Islam, di samping memastikan kepelbagaian kaum, agama dan budaya kekal menjadi asas keharmonian serta kekuatan negeri Perak.

15 49.0138 8.38624 both 1 bullet 1 4000 1 0 horizontal https://newmalaysianpost.com.my 50 0 1