theme-sticky-logo-alt
November 25, 2026
34 Views

“Kita Ada Setahun Lebih Lagi Untuk Perbaiki Prestasi,”- Anwar Ibrahim

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan pentadbirannya masih mempunyai tempoh lebih setahun untuk memperbaiki prestasi kerajaan sebelum penggal semasa berakhir. Anwar berkata tempoh berbaki itu akan digunakan untuk meningkatkan keberkesanan pentadbiran dan memastikan dasar yang dilaksanakan memberi manfaat lebih jelas kepada rakyat. “Insya-Allah kita akan buat sebaik mungkin dan kita perbaiki prestasi kita.... Read More

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan pentadbirannya masih mempunyai tempoh lebih setahun untuk memperbaiki prestasi kerajaan sebelum penggal semasa berakhir.

Anwar berkata tempoh berbaki itu akan digunakan untuk meningkatkan keberkesanan pentadbiran dan memastikan dasar yang dilaksanakan memberi manfaat lebih jelas kepada rakyat.

“Insya-Allah kita akan buat sebaik mungkin dan kita perbaiki prestasi kita. Kita ada setahun lebih lagi,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Prakarsa AI Pendidikan Negara: AI TEMU AI di Putrajaya, hari ini.

Kenyataan itu dibuat sehari selepas genap empat tahun Anwar mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri ke-10 pada 24 November 2022.

Dalam refleksi sempena ulang tahun tersebut, beliau mengakui perjalanan pentadbiran masih jauh walaupun kerajaan telah mengambil langkah memperkemas kedudukan kewangan negara, memperbaiki tatakelola, menggerakkan reformasi institusi dan memperkukuh kebajikan rakyat.

Pada masa sama, Ketua Setiausaha Pakatan Harapan, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menyifatkan baki tempoh pentadbiran sebagai “fasa pecutan terakhir” yang perlu digunakan untuk mempercepat reformasi dan memastikan pertumbuhan ekonomi diterjemahkan kepada manfaat langsung kepada rakyat.

Isu tempoh pentadbiran turut menjadi perhatian susulan desakan sesetengah pihak supaya Parlimen dibubarkan lebih awal. Namun, Setiausaha Agung DAP Anthony Loke sebelum ini berkata tiada keperluan untuk berbuat demikian selagi Anwar masih mempunyai sokongan majoriti Ahli Dewan Rakyat.

Fokus kerajaan dalam baki penggal kini dijangka tertumpu kepada pelaksanaan reformasi, ekonomi dan kos sara hidup sebelum mandat baharu diperoleh melalui pilihan raya akan datang.

Sumber: Buletin TV3,Sinar Harian,Bernama,Utusan Malaysia.

15 49.0138 8.38624 both 1 bullet 1 4000 1 0 horizontal https://newmalaysianpost.com.my 50 0 1