theme-sticky-logo-alt
November 10, 2026
48 Views

“Lebih Baik Bubar Parlimen Daripada Rombak Kabinet,”-Zahid Hamidi

MELAKA: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berpandangan pembubaran Parlimen lebih wajar dilaksanakan berbanding melakukan rombakan Kabinet susulan perkembangan politik semasa. Beliau yang juga Presiden UMNO berkata, tiada keperluan mendesak untuk melakukan perubahan terhadap barisan Jemaah Menteri ketika ini. Menurut UTUSAN, pembubaran Parlimen akan membolehkan mandat baharu dikembalikan kepada rakyat bagi menentukan... Read More

MELAKA: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berpandangan pembubaran Parlimen lebih wajar dilaksanakan berbanding melakukan rombakan Kabinet susulan perkembangan politik semasa.

Beliau yang juga Presiden UMNO berkata, tiada keperluan mendesak untuk melakukan perubahan terhadap barisan Jemaah Menteri ketika ini.

Menurut UTUSAN, pembubaran Parlimen akan membolehkan mandat baharu dikembalikan kepada rakyat bagi menentukan pembentukan kerajaan selepas pilihan raya umum.

“Sebaik-baiknya bukan rombakan Kabinet, sebaik-baiknya Parlimen dibubarkan,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan bersama kakitangan Kemas Negeri Melaka, hari ini.

Kenyataan itu dibuat susulan spekulasi mengenai kemungkinan rombakan Kabinet dalam masa terdekat berikutan perkembangan melibatkan beberapa anggota pentadbiran kerajaan.

Antaranya, kedudukan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook, yang sebelum ini menyatakan hasrat meletakkan jawatan susulan pendirian DAP menolak pengampunan bersyarat terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Selain itu, tempoh perkhidmatan Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, sebagai Ahli Dewan Negara dijadualkan berakhir pada Disember ini.

Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut menyatakan bahawa masih terlalu awal untuk membincangkan kemungkinan rombakan Kabinet.

 

 

15 49.0138 8.38624 both 1 bullet 1 4000 1 0 horizontal https://newmalaysianpost.com.my 50 0 1