theme-sticky-logo-alt
November 11, 2026
57 Views

Rayer Buat Laporan Polis Terhadap Ahmad Maslan Dan Khairy Jamaluddin

MELAKA: Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer, bersama Senator Dr A. Lingeshwaran membuat laporan polis terhadap beberapa individu, termasuk Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Dr Ahmad Maslan, berhubung dakwaan Peguam Negara mengingkari titah Yang di-Pertuan Agong dalam isu tahanan rumah Datuk Seri Najib Razak. Menurut Harian Metro Laporan polis itu dibuat di Balai Polis Gadek,... Read More

MELAKA: Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer, bersama Senator Dr A. Lingeshwaran membuat laporan polis terhadap beberapa individu, termasuk Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Dr Ahmad Maslan, berhubung dakwaan Peguam Negara mengingkari titah Yang di-Pertuan Agong dalam isu tahanan rumah Datuk Seri Najib Razak.

Menurut Harian Metro Laporan polis itu dibuat di Balai Polis Gadek, Alor Gajah, hari ini, dengan bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, turut dinamakan antara individu yang diminta disiasat.

Rayer berkata, laporan berkenaan dibuat susulan tindakan beberapa pihak yang sebelum ini menuduh Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar, mengingkari titah pengampunan bersyarat terhadap bekas Perdana Menteri itu.

“Saya membuat laporan polis ini terhadap semua individu yang membuat laporan polis ke atas Peguam Negara dan mendakwa beliau perlu dipecat, meletakkan jawatan atau bercuti.

“Saya ulangi, seorang timbalan menteri dalam Kerajaan Persekutuan, iaitu Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Dr Ahmad Maslan, serta bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin membuat pelbagai tuduhan berunsur hasutan dan membuat laporan polis terhadap Peguam Negara,” katanya pada sidang media di Parlimen hari ini.

Beliau turut berkata tindakan Jabatan Peguam Negara (AGC) mendapatkan penjelasan daripada Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur merupakan langkah perundangan bagi memastikan perintah pelepasan Najib dilaksanakan dengan tepat.

Beliau berpandangan keputusan mahkamah mengeluarkan perintah baharu pada 10 November membuktikan tindakan Peguam Negara tidak bercanggah dengan titah pengampunan Yang di-Pertuan Agong.

Sehubungan itu, Rayer dan Lingeshwaran menggesa polis serta AGC menjalankan siasatan terhadap individu yang membuat dakwaan berkenaan, termasuk meneliti kemungkinan kesalahan di bawah Kanun Keseksaan, Akta Hasutan dan Akta Komunikasi dan Multimedia.

 

 

15 49.0138 8.38624 both 1 bullet 1 4000 1 0 horizontal https://newmalaysianpost.com.my 50 0 1