theme-sticky-logo-alt
October 30, 2026
24 Views

“CSA Perkukuh Kestabilan Kerajaan Madani,”-Dr Zaliha Mustafa

KUALA LUMPUR: Pemeteraian Perjanjian Keyakinan dan Perbekalan (CSA) antara Kerajaan MADANI dengan 13 Ahli Parlimen disifatkan sebagai langkah penting dalam memperkukuh kestabilan politik serta memastikan kesinambungan pentadbiran negara sehingga tamat penggal Parlimen. Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan MADANI (BBC), Dr Zaliha Mustafa berkata, kesepakatan itu turut memberikan keyakinan bahawa agenda pembangunan ekonomi, pelaksanaan Belanjawan 2027 dan... Read More

KUALA LUMPUR: Pemeteraian Perjanjian Keyakinan dan Perbekalan (CSA) antara Kerajaan MADANI dengan 13 Ahli Parlimen disifatkan sebagai langkah penting dalam memperkukuh kestabilan politik serta memastikan kesinambungan pentadbiran negara sehingga tamat penggal Parlimen.

Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan MADANI (BBC), Dr Zaliha Mustafa berkata, kesepakatan itu turut memberikan keyakinan bahawa agenda pembangunan ekonomi, pelaksanaan Belanjawan 2027 dan reformasi institusi dapat diteruskan dengan lebih teratur.

Menurutnya, kestabilan politik dan kepastian dasar amat penting dalam menghadapi cabaran ekonomi global, selain membantu mengekalkan keyakinan pelabur serta menjamin kesejahteraan rakyat.

Beliau berkata, perkembangan itu juga membuktikan bahawa perbezaan politik tidak semestinya menjadi penghalang kepada kerjasama demi kepentingan negara.

“Ketika masih terdapat pihak yang ghairah dengan percaturan untuk menggugat kerajaan, perkembangan hari ini membuktikan bahawa perbezaan politik tidak semestinya menghalang kerjasama demi kepentingan negara,” katanya dalam satu kenyataan.

Dr Zaliha berharap kesepakatan berkenaan membolehkan semua Ahli Parlimen memberikan tumpuan kepada tanggungjawab masing-masing, termasuk memastikan dasar dan peruntukan yang diluluskan benar-benar membawa manfaat kepada rakyat.

Menurutnya, kestabilan politik bukan sekadar berkaitan pihak yang mentadbir negara, sebaliknya turut menentukan keupayaan negara untuk terus maju tanpa kemajuan ekonomi terjejas akibat percaturan kuasa.

Beliau menyifatkan kestabilan dan kesinambungan pentadbiran sebagai asas penting bagi memastikan agenda pembangunan serta reformasi dapat dilaksanakan secara berterusan.

15 49.0138 8.38624 both 1 bullet 1 4000 1 0 horizontal https://newmalaysianpost.com.my 50 0 1