theme-sticky-logo-alt
October 30, 2026
11 Views

CSA MADANI:“Tiada Syarat Sokong Kerajaan Untuk Terima Peruntukan,” – Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR: Pemberian peruntukan kepada Ahli Parlimen pembangkang tidak disertai syarat untuk menyokong kerajaan, sebaliknya akan disalurkan sebaik sahaja Belanjawan 2027 diluluskan Parlimen. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkara itu selaras dengan persefahaman yang dicapai antara kerajaan dan wakil rakyat pembangkang menerusi pelaksanaan Perjanjian Keyakinan dan Perbekalan (CSA) MADANI. Beliau menegaskan, tiada sebarang... Read More

KUALA LUMPUR: Pemberian peruntukan kepada Ahli Parlimen pembangkang tidak disertai syarat untuk menyokong kerajaan, sebaliknya akan disalurkan sebaik sahaja Belanjawan 2027 diluluskan Parlimen.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkara itu selaras dengan persefahaman yang dicapai antara kerajaan dan wakil rakyat pembangkang menerusi pelaksanaan Perjanjian Keyakinan dan Perbekalan (CSA) MADANI.

Beliau menegaskan, tiada sebarang syarat dikenakan terhadap Ahli Parlimen pembangkang bagi membolehkan mereka menerima peruntukan berkenaan.

“Dia tak ada syarat kepada mana-mana Ahli Parlimen, tak ada syarat,” katanya ketika ditemui selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Muqarrabin, Bandar Tasik Selatan, di sini, hari ini.

Mengulas dakwaan bahawa persefahaman itu boleh ditafsirkan sebagai peringatan kepada komponen pembangkang supaya tidak menarik sokongan terhadap kerajaan, Anwar berkata, perkara berkenaan merupakan tafsiran politik yang tidak dapat dielakkan.

“Ya, ini tafsiran politik itu tak boleh kita pertikai, memang akan berlaku tetapi saya nak beritahu ini bukan suatu yang janggal.

“Persefahaman ini berlaku dalam banyak negara demokrasi, tetapi dalam pengalaman di Malaysia memang ada perundingan dahulu,” katanya.

Ditanya mengenai tempoh penyaluran peruntukan kepada Ahli Parlimen pembangkang, Anwar berkata, proses itu akan dilaksanakan sejurus Belanjawan 2027 mendapat kelulusan Parlimen.

“Dia sebaik sahaja lulus Parlimen dan kita boleh salur segera,” katanya.

15 49.0138 8.38624 both 1 bullet 1 4000 1 0 horizontal https://newmalaysianpost.com.my 50 0 1