theme-sticky-logo-alt
October 31, 2026
64 Views

“Pihak Lawan Hanya Buang Masa Dan Wang Bertanding Menentang BN Di Melaka,”– Onn Hafiz

JASIN: Pihak lawan disifatkan hanya membuang masa, wang dan tenaga dengan bertanding menentang Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, 14 November ini. Pengerusi BN Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, keyakinan itu berdasarkan maklum balas yang diterimanya, menunjukkan rakyat Melaka semakin menolak propaganda politik serta pendekatan menawarkan pelbagai... Read More

JASIN: Pihak lawan disifatkan hanya membuang masa, wang dan tenaga dengan bertanding menentang Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, 14 November ini.

Pengerusi BN Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, keyakinan itu berdasarkan maklum balas yang diterimanya, menunjukkan rakyat Melaka semakin menolak propaganda politik serta pendekatan menawarkan pelbagai insentif semata-mata untuk meraih sokongan.

Menurut Malaysia Gazette, pengundi di negeri itu tidak mudah terpengaruh dengan kempen memburukkan pemimpin BN, sebaliknya majoriti mahu mengekalkan kerajaan negeri sedia ada.

“Berdasarkan maklumat yang saya terima setakat ini, kita lihat pihak lawan sebenarnya membuang masa, wang dan tenaga untuk bertanding menentang BN dan PN dalam pilihan raya negeri.

“Rata-rata maklum balas yang saya dengar, rakyat Melaka menolak propaganda dibawa pihak lawan. Rakyat Melaka tidak boleh dibeli dengan wang atau gula-gula politik,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mengiringi calon BN bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau, Datuk Dr Muhammad Akmal Saleh, pada hari penamaan calon PRN Melaka, hari ini.

Onn Hafiz yang juga Menteri Besar Johor berkata, pelbagai propaganda termasuk usaha mengkritik dan memfitnah pemimpin BN yang dimainkan pihak lawan sejak beberapa minggu lalu tidak akan mengubah pendirian pengundi.

Katanya, maklum balas yang diterima menunjukkan majoriti rakyat Melaka mahu kerajaan negeri sedia ada dikekalkan.

“Usaha dan segala propaganda yang dibuat pihak lawan ini sebenarnya membuang masa. Dalam hati orang Melaka, majoritinya mahu mengekalkan kerajaan Melaka yang sedia ada.

“Insya-Allah, perkembangan positif terhadap BN ini akan diterjemahkan melalui undi pada 14 November ini,” katanya.

15 49.0138 8.38624 both 1 bullet 1 4000 1 0 horizontal https://newmalaysianpost.com.my 50 0 1