theme-sticky-logo-alt
October 24, 2026
25 Views

“Aplikasi Waze Berkemungkinan Diharamkan Sepenuhnya,”-Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR – Kerajaan tidak menolak kemungkinan mengharamkan sepenuhnya penggunaan aplikasi navigasi Waze di Malaysia, namun keputusan itu bergantung kepada keupayaan aplikasi alternatif tempatan. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkara itu perlu dikaji terlebih dahulu bagi memastikan aplikasi tempatan mampu berfungsi dengan baik sebelum sebarang keputusan lanjut dibuat. Menurut UTUSAN, kerajaan memahami kontroversi... Read More

KUALA LUMPUR – Kerajaan tidak menolak kemungkinan mengharamkan sepenuhnya penggunaan aplikasi navigasi Waze di Malaysia, namun keputusan itu bergantung kepada keupayaan aplikasi alternatif tempatan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkara itu perlu dikaji terlebih dahulu bagi memastikan aplikasi tempatan mampu berfungsi dengan baik sebelum sebarang keputusan lanjut dibuat.

Menurut UTUSAN, kerajaan memahami kontroversi yang timbul susulan larangan penggunaan Waze dalam kalangan penjawat awam, khususnya berkaitan kelemahan aplikasi alternatif yang tersedia ketika ini.

“Kontroversinya kerana lembabnya alternatif. Saya setuju tetapi keputusan kita bukan kontroversi, ini soal keselamatan negara,” katanya selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Al Mustaqim, Taman Nirwana, Ampang, pada Jumaat.

Sebelum ini, kerajaan memutuskan penggunaan Waze dilarang dalam kalangan seluruh penjawat awam bagi melindungi maklumat kerajaan dan data peribadi pengguna daripada risiko penyalahgunaan, susulan kebimbangan berkaitan Israel.

Pejabat Perdana Menteri (PMO) dalam kenyataan memaklumkan, keputusan itu mengambil kira kedudukan Waze Mobile Ltd. sebagai pengawal data pengguna yang diperbadankan dan beroperasi di bawah undang-undang Israel.

Anwar berkata, tindakan berkenaan dibuat selepas maklumat mengenai lokasi ibu pejabat serta perjanjian penggunaan aplikasi itu diteliti dalam mesyuarat Jawatankuasa Keselamatan Siber Negara (JKSN) yang dipengerusikan beliau.

Menurutnya, kerajaan tidak boleh berkompromi dalam soal keselamatan negara hanya kerana aplikasi alternatif tempatan masih belum mempunyai kemudahan selengkap Waze.

Sehubungan itu, beliau menyarankan orang ramai beralih kepada aplikasi navigasi lain, termasuk aplikasi tempatan TuJu yang dibangunkan oleh Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), sementara penambahbaikan dilakukan.

Bagaimanapun, Anwar mengakui TuJu masih mempunyai kelemahan dan memahami kesulitan yang mungkin dihadapi pengguna susulan keputusan berkenaan.

Beliau berkata, kerajaan bersedia menerima kritikan terhadap tindakan yang dianggap terburu-buru, namun menegaskan keselamatan negara perlu diberikan keutamaan.

“Walaupun saya tahu saya dikritik, dikecam kerana terburu-buru dan gopoh, saya kata tidak apalah, kalau agak menyusahkan beberapa orang, saya minta maaf tetapi bagi saya, keselamatan negara lebih penting,” katanya.

 

 

15 49.0138 8.38624 both 1 bullet 1 4000 1 0 horizontal https://newmalaysianpost.com.my 50 0 1

Discover more from New Malaysian Post

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading