theme-sticky-logo-alt
October 25, 2026
58 Views

Isu Dadah Di Klang:” Jangan Hukum Seluruh Masyarakat Hindu,”-Thanga Ganesan

KLANG: Persatuan Malaysia Hindu Sangam (MHS) menggesa semua pihak supaya tidak membuat tuduhan secara melulu terhadap masyarakat Hindu susulan penemuan dadah di sebuah rumah ibadat di Klang, Selangor. Menurut Malaysia Kini, Presiden MHS, Thanga Ganesan berkata, sebarang dakwaan salah laku jenayah yang melibatkan individu tertentu tidak seharusnya dijadikan alasan untuk mencemarkan imej keseluruhan masyarakat Hindu... Read More

KLANG: Persatuan Malaysia Hindu Sangam (MHS) menggesa semua pihak supaya tidak membuat tuduhan secara melulu terhadap masyarakat Hindu susulan penemuan dadah di sebuah rumah ibadat di Klang, Selangor.

Menurut Malaysia Kini, Presiden MHS, Thanga Ganesan berkata, sebarang dakwaan salah laku jenayah yang melibatkan individu tertentu tidak seharusnya dijadikan alasan untuk mencemarkan imej keseluruhan masyarakat Hindu atau rumah ibadat mereka.

Menurutnya, MHS mengecam sekeras-kerasnya segala bentuk kegiatan jenayah, khususnya pengedaran dadah dan penyalahgunaan rumah ibadat bagi tujuan yang menyalahi undang-undang.

Bagaimanapun, beliau menegaskan kejadian terpencil itu tidak wajar dieksploitasi sehingga mencetuskan persepsi negatif terhadap sesuatu agama.

“Dakwaan salah laku jenayah dalam satu kejadian terpencil sama sekali tidak boleh dijadikan alasan mudah untuk memburukkan keseluruhan agama atau rumah ibadatnya,” katanya dalam kenyataan semalam.

Thanga turut mengingatkan individu, pertubuhan dan pihak tertentu, khususnya mereka yang tidak terlibat secara langsung dalam hal ehwal Hindu, supaya tidak mengambil kesempatan daripada kejadian berkenaan.

Beliau berkata, tindakan membuat tuduhan secara pukul rata, menggunakan gelaran menghina atau menyebarkan tohmahan tidak berasas terhadap kuil dan masyarakat Hindu perlu dielakkan.

“Walaupun setiap individu berhak menyuarakan pandangan mengenai perkara berkepentingan awam, pandangan itu mesti berpandukan ketepatan fakta, tanggungjawab dan sikap saling menghormati,” katanya.

 

15 49.0138 8.38624 both 1 bullet 1 4000 1 0 horizontal https://newmalaysianpost.com.my 50 0 1

Discover more from New Malaysian Post

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading