theme-sticky-logo-alt
October 23, 2026
15 Views

“Dun Sarawak Sah Bubar Berkuatkuasa Isnin Depan,”- Abang Johari

KUCHING: Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak akan dibubarkan secara rasmi pada Isnin, 26 Oktober ini bagi membuka laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-13. Menurut AWANI, Perkara itu diumumkan Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg pada sidang media khas di Kompleks Satria Pertiwi, di sini, pada Jumaat. Pembubaran berkenaan sekali gus menamatkan... Read More

KUCHING: Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak akan dibubarkan secara rasmi pada Isnin, 26 Oktober ini bagi membuka laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-13.

Menurut AWANI, Perkara itu diumumkan Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg pada sidang media khas di Kompleks Satria Pertiwi, di sini, pada Jumaat.

Pembubaran berkenaan sekali gus menamatkan penggal pentadbiran semasa lebih awal daripada tempoh mandat yang dijadual berakhir pada Februari 2027.

Menurut Abang Johari, tarikh penamaan calon, pengundian awal dan hari pengundian akan ditentukan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) selepas proses pembubaran DUN selesai.

SPR dijangka mengadakan mesyuarat dalam masa terdekat bagi menetapkan tarikh penting berkaitan pelaksanaan pilihan raya tersebut.

Terdahulu, Abang Johari menghadap Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar di Astana Negeri pada jam 3 petang bagi memaklumkan pembubaran DUN berkenaan.

Sidang media khas itu turut dihadiri barisan anggota Kabinet Sarawak.

PRN kali ini merupakan pilihan raya negeri kedua yang dihadapi Abang Johari selaku pemimpin Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Pada PRN Sarawak ke-12 yang berlangsung pada 18 Disember 2021, GPS mencatat kemenangan besar apabila menguasai 76 daripada 82 kerusi DUN yang dipertandingkan.

Kedudukan gabungan itu kemudiannya bertambah kepada 79 kerusi susulan pembubaran Parti Sarawak Bersatu (PSB) dan penyertaan tiga bekas wakil rakyat parti berkenaan ke dalam Parti Progresif Demokratik (PDP), yang merupakan komponen GPS.

Seorang lagi bekas wakil rakyat PSB pula terlebih dahulu mengisytiharkan dirinya sebagai wakil rakyat Bebas yang mesra GPS.

Dengan pembubaran DUN Sarawak, tumpuan kini beralih kepada SPR untuk menetapkan jadual pilihan raya yang bakal menentukan mandat pentadbiran negeri bagi penggal lima tahun akan datang.

15 49.0138 8.38624 both 1 bullet 1 4000 1 0 horizontal https://newmalaysianpost.com.my 50 0 1

Discover more from New Malaysian Post

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading