theme-sticky-logo-alt
October 23, 2026
40 Views

“Saya Arah Peguam Saman Ramanan” – Rafizi Ramli

KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli mengarahkan pasukan peguamnya memulakan proses saman terhadap Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri R Ramanan susulan beberapa kenyataan yang didakwanya berunsur fitnah dalam sidang media pada Khamis. Rafizi berkata, keputusan itu dibuat selepas beliau menyerahkan rakaman video dan transkrip sidang media Ramanan kepada pasukan peguamnya untuk penelitian... Read More

KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli mengarahkan pasukan peguamnya memulakan proses saman terhadap Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri R Ramanan susulan beberapa kenyataan yang didakwanya berunsur fitnah dalam sidang media pada Khamis.

Rafizi berkata, keputusan itu dibuat selepas beliau menyerahkan rakaman video dan transkrip sidang media Ramanan kepada pasukan peguamnya untuk penelitian lanjut.

Menurut beliau, hasil perbincangan mendapati terdapat asas kukuh untuk memulakan tindakan undang-undang kerana beberapa kenyataan yang dibuat didakwa melanggar peruntukan undang-undang fitnah di negara ini.

“Dalam sidang media semalam, R Ramanan membuat pelbagai tohmahan terhadap saya, termasuk menuduh saya terlibat di dalam rasuah.

“Saya telah berbincang dengan pasukan peguam saya dan mereka berpendapat ada asas kukuh untuk memulakan tindakan saman terhadap R Ramanan.

“Oleh itu, saya telah mengarahkan peguam-peguam saya untuk memulakan proses saman terhadap R Ramanan,” katanya dalam kenyataan media pada Jumaat.

Dalam perkembangan sama, Rafizi mendakwa Ramanan mengesahkan bahawa beliau tidak pernah mengambil tindakan mahkamah berhubung tuduhan yang mengaitkannya dengan penerimaan suapan RM9.5 juta bagi menyelesaikan kes berkaitan dakwaan mafia korporat.

15 49.0138 8.38624 both 1 bullet 1 4000 1 0 horizontal https://newmalaysianpost.com.my 50 0 1

Discover more from New Malaysian Post

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading