theme-sticky-logo-alt
October 24, 2026
59 Views

“Saya Enggan Tarik Balik Perkataan ‘Munafik’-Takiyuddin Hassan

PETALING JAYA: Setiausaha Agung Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Takiyuddin Hassan tidak akan menarik balik penggunaan perkataan “munafik” yang dilontarkannya ketika berbahas di Dewan Rakyat. Ahli Parlimen Kota Bharu itu berkata, beliau telah mengutus surat kepada Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul, bagi memohon supaya perkara berkenaan diselesaikan menerusi proses mediasi. “Dalam mediasi, speaker... Read More

PETALING JAYA: Setiausaha Agung Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Takiyuddin Hassan tidak akan menarik balik penggunaan perkataan “munafik” yang dilontarkannya ketika berbahas di Dewan Rakyat.

Ahli Parlimen Kota Bharu itu berkata, beliau telah mengutus surat kepada Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul, bagi memohon supaya perkara berkenaan diselesaikan menerusi proses mediasi.

“Dalam mediasi, speaker boleh memanggil saya dan Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer untuk berbincang serta cuba menyelesaikan perkara itu,” katanya, menurut laporan Sinar Harian.

Takiyuddin turut memberi bayangan bahawa beliau mungkin dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen sekiranya Johari menolak permohonannya untuk mengadakan mediasi.

Kontroversi itu tercetus ketika Takiyuddin berbahas mengenai Belanjawan 2027 awal minggu ini apabila beliau menggunakan perkataan “munafik”, yang mencetuskan bantahan Rayer.

Rayer mendakwa penggunaan perkataan itu keterlaluan dan menganggapnya ditujukan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim serta belanjawan berkenaan.

Susulan bantahan itu, Johari mengarahkan Takiyuddin menarik balik kenyataannya selewat-lewatnya Khamis lalu.

Bagaimanapun, Takiyuddin tidak berbuat demikian dan kini berharap pertikaian itu dapat diselesaikan melalui proses mediasi.

15 49.0138 8.38624 both 1 bullet 1 4000 1 0 horizontal https://newmalaysianpost.com.my 50 0 1

Discover more from New Malaysian Post

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading